Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label jimat elektrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jimat elektrik. Papar semua catatan

Panduan keselamatan elektrik musim perayaan

by

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan beberapa panduan bagi memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat sepanjang pengguna berada di kampung halaman.

Tip keselamatan itu bertujuan memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta jimat tenaga.

Untuk itu, orang ramai disaran menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan menanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir.

"Setiap soket perlu dipastikan dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) dan kabel penyambung dan buka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya untuk mengelakkannya menjadi terlalu panas jika digunakan.

Alat pengukur masa (timer) boleh digunakan sekiranya ingin memasang lampu bagi tujuan keselamatan supaya ia tidak menyala 24 jam. "Selain itu, periksa peralatan elektrik yang ingin digunakan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar,"

Bagi kediaman yang akan menjadi tumpuan keluarga sepanjang perayaan ini, pengguna dinasihatkan tidak menggunakan soket elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan beban elektrik keterlaluan.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik pada cuti Tahun Baharu Cina, pengguna disarankan menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan.

 

 

Tips Jimat Elektrik

by

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan pengguna memantau dan mengurus penggunaan elektrik di rumah bagi mengelak pembaziran tenaga terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, kadar penggunaan elektrik domestik dijangka meningkat dalam tempoh tersebut kerana lebih banyak masa dihabiskan rakyat di tempat kediaman masing-masing.

“Namun pelanggan mempunyai pilihan berhubung perkara ini termasuk menutup suis peralatan apabila tidak digunakan dan mengamalkan tip cekap tenaga apabila menggunakan peralatan yang menggunakan banyak tenaga seperti alat pemanas air, penyaman udara, mesin basuh dan lampu.

“Manakala untuk lebih 1.2 juta pengguna TNB yang mempunyai meter pintar, mereka boleh memanfaatkan maklumat harian mengenai penggunaan elektrik yang tersedia di aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik di kediaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah penggunaan tenaga yang cekap turut boleh diamalkan antaranya mematikan komputer selepas digunakan dan berhenti mengecas komputer riba selepas bateri dicas penuh selain menutup suis selepas penggunaan aksesori seperti pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas.

Pengguna juga perlu memastikan semua pintu, tingkap dan laluan udara ditutup sepenuhnya semasa menggunakan alat pendingin hawa di samping menggunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat penyaman udara boleh dilaraskan lebih tinggi antara 24 hingga 26 darjah Celsius.

Selain itu, tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa sebelum tidur dengan menetapkannya ditutup selepas penggunaan dan bersihkan penapis pendingin hawa kerana habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan peralatan tersebut.

TNB turut mengingatkan, penggunaan air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh menggunakan lebih banyak tenaga kerana ia mengambil masa untuk air dipanaskan selain pengguna dinasihati memanfaatkan cahaya semula jadi untuk mengurangkan penggunaan lampu elektrik.

Dalam pada itu, TNB berkata, masa mandian yang panjang dengan alat pemanas air turut menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.

“Apabila menggunakan ketuhar elektrik tindakan membuka dan menutup pintu ketuhar dengan kerap tidak akan mempercepatkan tempoh hidangan dimasak sebaliknya ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.

“Pengguna juga perlu mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan kerana televisyen, kotak dekoder dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang,” jelasnya.

Maklumat lanjut berkaitan cara penggunaan elektrik yang berhemah boleh didapati di portal myTNB melalui www.mytnb.com.my dan pengguna boleh memantau penggunaan alat elektrik di kediaman mereka dengan melayari www.maevi.my.

Pelanggan turut boleh menghubungi TNB CareLine pada talian 1300-88-5454 bagi pertanyaan bil atau kunjungi Facebook TNB CareLine dan laman Twitter @Tenaga_Nasional. 

 

 

Cara jimat elektrik ketika cuaca panas

by

 

Cuaca panas yang dijangka berterusan hingga bulan depan boleh menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi, oleh itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengeluarkan panduan bagi menjimatkan tenaga elektrik di waktu cuaca panas.

Antara perkara mudah yang boleh diamalkan adalah mematikan penyaman udara, kipas dan lampu di dalam bilik yang kosong serta mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai digunakan.

Menurut panduan itu, ketika cuaca panas terik tindakan menutup tingkap dengan langsir tebal boleh menghalang haba masuk dan bebankan pendingin hawa, semakin kurang beban pada penyaman udara untuk menyejukkan bilik, semakin rendah penggunaan elektrik.

Selain itu, menghidupkan kipas pada waktu malam membantu penggerakan udara di dalam bilik selepas beberapa jam penyaman udara dihidupkan, suhu bilik akan berada dalam keadaan selesa dan menetapkan masa untuk mematikan penyaman udara juga boleh menjimatkan penggunaan elektrik.

uaca yang panas ini boleh dimanfaatkan dengan menjemur pakaian daripada menggunakan mesin pengering pakaian dan elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan.

Pengguna digalak memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.

Meter Pintar berupaya memantau penggunaan elektrik secara langsung, oleh itu, pengguna boleh mengendalikan tenaga dengan lebih efisien kerana meter ini boleh menghantar maklumat penggunaan tenaga kepada pengguna.

Maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak boleh didapati di www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energy-savings-tips/tips-tricks

 


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90