Biodata MB Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim sah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-12.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ismail yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) dari Universiti Malaya (UM) 1985–2004.
Berasal Kampung Tebing Tinggi Juasseh, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh dan peringkat menengah di Sekolah King George V Seremban sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Berpengalaman luas sebagai ADUN Senaling dan Juasseh (1999–2026) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan bagi portfolio Pendidikan.
Pernah berkhidmat di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (2004–2018) dan kembali dilantik dalam kerajaan perpaduan di bawah Datuk Seri Aminuddin Harun (2023-2026).
Selain bekas EXCO, beliau yang Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, turut memegang beberapa jawatan lain antaranya Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Bertindak Penerangan, Perindustrian & Pelaburan Agama Islam Negeri Sembilan, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan dan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Pilah.
Berikut Biodata Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Datuk Ismail Lasim
Tarikh Lahir: 15 April 1959
Umur: 67 Tahun
PENDIDIKAN
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya
KERJAYA
- Peguambela dan Peguamcara (Tetuan Halim & Ismail) 1995 – 1997
POLITIK
- Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (2023 – kini)
- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
- Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
- Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan
- Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah (2001 – kini)
KEPIMPINAN
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Senaling (1999 – 2026)
- EXCO Pendidikan dan Modal Insan (2023 – 2026)
- EXCO Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi Negeri Sembilan
- Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan
- Naib Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri
- Ahli Jawatankuasa Bertindak Penerangan, Perindustrian dan Pelaburan, Agama Islam Negeri Sembilan
- Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan
- Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Pilah (2020 – kini)
Sumber : Berita Harian

