Pengunjung Lahir Bulan September & Oktober Berpeluang Masuk Aquaria KLCC Secara Percuma

 




Aquaria KLCC memberikan tawaran istimewa khas untuk pengunjung lahir pada bulan September dan Oktober iaitu kemasukan secara percuma dengan syarat pembelian satu tiket masuk dewasa.

Tawaran ini tersedia dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, membolehkan pengunjung menyambut hari lahir anda meneroka dunia bawah air Aquaria dan melihat dengan lebih dekat hidupan marin.

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Promosi ini hanya untuk pengunjung secara walk-in sahaja
  • Beli satu tiket dewasa walk-in
  • Bawa MyKad, MyKid atau dokumen Permanent Residents (PR) untuk pengesahan
  • Ditemani orang dewasa yang membeli tiket tersebut
  • Datang ke Aquaria KLCC antara 1 September hingga 31 Oktober 2026

Kempen ini meraikan khazanah semula jadi negara dengan kerjasama Natural History Museum Malaysia.

Selain melihat haiwan akuatik Aquaria, pengunjung juga boleh menemui spesimen Malaysia yang menarik dan mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan melindungi khazanah semula jadi negara.

Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url