Panduan Menanam Kangkung Dalam Pasu

 


Tahukah anda cara mudah menanam kangkung dengan menggunakan pasu boleh dilakukan walaupun di ruang halaman yang kecil?
.
Sebagai seorang suri rumah, menanam kangkung sendiri bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan dapur, malah memastikan keluarga menikmati sayur segar setiap hari tanpa perlu ke pasar.
.
Penanaman kangkung dalam pasu bermula dengan memilih bekas yang sesuai seperti pasu atau polibeg bersaiz sekurang-kurangnya 8 hingga 12 inci serta mempunyai lubang saliran yang baik bagi mengelakkan air bertakung.
.
Media tanaman pula boleh disediakan menggunakan campuran tanah topsoil, kompos atau baja organik serta bahan penggembur seperti pasir atau cocopeat supaya media kekal poros dan subur.
.
Seterusnya, biji benih kangkung ditabur secara jarang di permukaan media dan ditutup nipis dengan tanah sebelum disiram secukupnya.
.
Selepas 10 hingga 14 hari, anak benih perlu dijarangkan dengan jarak kira-kira 10 cm antara pokok supaya pertumbuhan menjadi lebih optimum.
.
Bagi memastikan pokok sentiasa subur, pembajaan boleh dilakukan menggunakan baja organik sebelum menanam, diikuti baja NPK 15:15:15 pada minggu kedua dan ketiga selepas penanaman.
.
Penjagaan harian juga penting, terutama dari segi penyiraman.
.
Kangkung memerlukan air yang mencukupi dan disyorkan disiram dua kali sehari, terutamanya ketika cuaca panas.
.
Selain itu, pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi mengesan penyakit seperti karat putih yang boleh dikawal melalui penjagaan kebersihan kawasan dan penggunaan racun organik yang sesuai jika perlu.
.
Dengan penjagaan yang betul, kangkung boleh dituai seawal 30 hari selepas ditanam sama ada dengan mencabut pokok bersama akar atau memotong bahagian pucuk untuk kegunaan dapur harian.
.
Bagi memudahkan pemahaman setiap langkah penanaman, rujuk infografik yang disediakan sebagai panduan lengkap.

Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url