Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label bolasepak pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak pahang. Papar semua catatan

Bank Islam lancar Kad Debit-i Bolasepak Pahang FA

by

Bank Islam Malaysia Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) dan Visa melancarkan Kad Debit-i Pahang FA, khusus untuk penyokong setia pasukan Tok Gajah. Sebahagian daripada fi tahunan kad akan disalurkan kepada persatuan itu. 

Pemegang kad itu di Pahang akan menikmati manfaat kad sebagai kad ATM dan kad Debit dengan fungsi payWave tanpa sentuh. Katanya, pemegang kad juga boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj tambahan melalui perkhidmatan 'pengeluaran tunai' Bank Islam di 70 stesen minyak Petronas di sekitar Pahang. 

Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan cawangan terpilih di Lembah Klang.

Bank Islam turut melancarkan Kempen Bank Islam Visa Debit Pahang FA "Ale Ale Tok Gajah". Dengan perbelanjaan minimum RM50, pemegang kad layak secara automatik untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM15,500. Kempen bermula 26 September hingga 31 Disember 2016. Maklumat lanjut, layari www.bankislam.com.my


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90