OCBC Al-Amin mudahkan peniaga buka akaun patuh Syariah dalam talian
Pemilik perniagaan, pastinya mencabar untuk menguruskan perniagaan lebih-lebih lagi apabila transaksi jualan harian diuruskan melalui akaun peribadi.
Ramai di antara pemilik perniagaan beranggapan akaun peribadi sudah memadai, sebaliknya ia boleh mengelirukan sekiranya terlalu banyak transaksi perniagaaan dilakukan dan bercampur dengan transaksi peribadi dalam satu masa di akaun yang sama.
Oleh itu, penting bagi pemilik perniagaan atau bakal usahawan untuk memiliki akaun perniagaan. Sesiapa sahaja yang mengutamakan aspek kepatuhan Syariah kini boleh melaksanakan segala transaksi mereka dengan lebih terurus and bebas dari unsur-unsur yang tidak patuh Syariah.
Bina perniagaan dengan Akaun OCBC eBiz-i
Memahami cabaran dan keperluan pemilik perniagaan, OCBC Al-Amin memperkenalkan Akaun OCBC eBiz-i yang direka khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang sedang mencari akaun perniagaan yang ringkas, cepat serta mudah.
Ia adalah produk perbankan perniagaan digital sepenuhnya dan patuh Syariah khusus untuk PKS yang menjalankan aktiviti perniagaan utama yang patuh Syariah dan mementingkan kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas.
Untuk membuka Akaun OCBC eBiz-i, pemilik perniagaan hanya perlu membuat deposit permulaan serendah RM500.
Setiap pembukaan akaun akan disertakan kemudahan alatan digital seperti Perbankan Internet Perniagaan (OCBC Velocity), aplikasi Perbankan Mobil Perniagaan, Pengurusan Kewangan Perniagaan OCBC, OCBC FX Online, Terminal Pedagang OCBC dan OCBC OneCollect (QRPay).
Produk ini direka secara khusus sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju digital bank untuk memenuhi keperluan PKS yang semakin meningkat yang mencari penyelesaian perbankan digital.
100 peratus proses permohonan dalam talian yang mudah, cepat
Sementara itu, proses permohonan dan pengesahan identiti bagi pembukaan Akaun OCBC eBiz-i boleh dilaksanakan dengan mudah dan cepat secara dalam talian.
Ia boleh dilakukan sepenuhnya melalui platform bantuan kendiri dalam talian dan portal pengesahan eKYC (electronic Know-Your-Customer) yang dijamin selamat dan disokong oleh CTOS (Credit Tip-Off Service).
eKYC adalah proses dalam talian untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti pelanggan secara elektronik dalam masa hanya tiga hingga lima minit di mana saja anda berada bagi menggantikan pengesahan identiti secara bersemuka yang memerlukan pelanggan untuk hadir ke cawangan bank bersama dokumen sokongan yang disahkan.
Mohon Akaun OCBC eBiz-i dalam talian hanya dengan beberapa langkah mudah:
Tanpa mengira perniagaan kecil atau besar, pastikan anda mempunyai kemudahan perbankan perniagaan untuk meningkatkan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Akaun OCBC eBiz-i, sila layari laman web OCBC Al-Amin.