Lata Tembakah kembali dibuka kepada pengunjung

 


Taman Eko Rimba (TER) Lata Tembakah di Hulu Besut, dibuka semula kepada pengunjung selepas ditutup hampir dua tahun untuk kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan kawasan.

Taman Rekreasi dibawa seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu itu ditutup pada 1 November 2024 dan dibuka semula pada 5 September lalu.

Penyelia TER Lata Tembakah, Wan Mohd Hanif Wan Ramli berkata, terdahulu penutupan dibuat bagi membaiki infrastruktur seperti jambatan gantung serta penginapan yang rosak akibat Monsun Timur Laut pada 2024.

"Sepanjang tempoh penutupan itu segala kerja membaiki pulih giat dilakukan dan kini siap untuk dikunjungi orang ramai.

"Sebanyak lapan chalet dilengkapi kemudahan kipas, dua chalet penghawa dingin, tiga asrama penghawa dingin serta dua bilik VIP disediakan untuk disewa," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, kadar bayaran ialah RM1 bagi kanak-kanak dan RM2 untuk dewasa bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

"Antara tarikan terbaru di situ adalah pembukaan santuari ikan kelah, namun pada 1 November sehingga Mac 2027 akan kembali ditutup sepanjang musim tengkujuh," katanya.

Sumber : Harian Metro

Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url