Terengganu Negeri Paling Bahagia
Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 mencatatkan skor keseluruhan 7.60, menunjukkan rakyat Malaysia dalam kategori bahagia
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penemuan ini disifatkan antara pencapaian penting dalam penilaian kesejahteraan sosial negara.
"MHI 2024 dibangunkan berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang mengukur tahap kebahagiaan melalui empat dimensi utama iaitu fizikal, sosial, emosi dan spiritual.
"Dengan 94 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen kebahagiaan, indeks ini berfungsi sebagai alat statistik sosial yang komprehensif dan berimpak tinggi dalam menilai kualiti hidup rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.
Terengganu jadi negeri paling bahagia dalam Malaysia dengan skor tertinggi 8.64
Kedudukan tersebut diikuti Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01) yang berada pada tahap sangat bahagia.
Kedudukan empat terbawah diduduki oleh Wilayah Persekutuan Labuan (7.00), Pulau Pinang (7.19), Selangor (7.21) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.22).
Data tersebut turut menyediakan maklumat kedudukan daerah dalam indeks ini di mana terdapat 36 daerah mencatatkan tahap sangat bahagia, dengan skor antara 8.02 hingga 9.83.
Data menunjukkan perempuan lagi bahagia daripada lelaki
Dapatan tersebut turut menunjukkan bahawa komponen Keagamaan dan Kerohanian (8.69) serta Keluarga (8.64) merupakan penyumbang utama kepada kebahagiaan rakyat.
Dari segi demografi pula, perempuan (7.62) mencatatkan skor indeks lebih tinggi berbanding lelaki (7.57) dan kumpulan umur 15 – 19 tahun (7.79) merupakan paling bahagia.