Plaza Tol Pelabuhan Kuantan di LPT 2 Dibuka pada 4 September 2026

 


Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua, LPT2 mula beroperasi pada 4 September 2026 (Jumaat).
Pengoperasiannya dijangka meningkatkan mobiliti setempat serta merancakkan aktiviti ekonomi di Balok, Gebeng dan kawasan perindustrian berhampiran.
Persimpangan di Kilometer 264, antara Plaza Tol Jabor dan Plaza Tol Cheneh itu dibuka kepada pengguna bermula pukul 6 pagi.
Ia menghubungkan LPT2 dengan Jalan Persekutuan FT3 Kuantan-Kemaman.
Laluan berkenaan dijangka menjimatkan masa perjalanan sehingga 30 minit bagi pengguna dari arah Terengganu atau Kuala Lumpur menuju ke Beserah, Balok, Gebeng, Cherating dan kawasan perindustrian sekitarnya.
Menurut Pengarah Eksekutif LPT2 Sdn Bhd merangkap Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, pembukaan persimpangan itu turut menyediakan akses lebih mudah dan terus ke Pelabuhan Kuantan, Kuantan Port City serta Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).
Laluan itu berpotensi menjana lebih 20 ribu kenderaan sehari apabila direalisasikan sepenuhnya.

Sumber : Berita RTM Terengganu
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url