Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Imej
Bahan-bahan: Cili Kunyit Daun kesum Tempoyak Ikan Patin/ Baung Cara masak: Tumbuk cili dan kunyit mengikut tahap kepedasan yang disukai. Kemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang diingini. Boleh letak bunga kantan jika suka. Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk lumat. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula. Masukkan ikan yang bersesuaian (patin, talapia, kembung, kerisi, tenggiri).  Tunggu sehingga ikan masak. Siap!  

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Imej
  Bahan-bahan: Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung). Bahan Tumis : 1 biji bawang besar atau bawang Holland (dihiris dadu) 3 ulas bawang putih (dicincang halus), 1 inci halia (diketuk), Setengah batang serai (dihiris halus), Bahan Sos : 2 senduk kecil cili kering kisar, 3 sudu sos cili thai, 3 sudu sos cili, Bahan Tambahan : Lobak merah (dipotong dadu), Nenas (dipotong dadu), 1 biji tomato (dipotong dadu), 5-10 biji cili padi (dipotong halus), 1 biji cili merah besar (dipotong halus@dadu), Sedikit air (untuk kuah), 1 kiub pati ayam, Secukup rasa Maggie, Daun ketumbar (dihiris halus), Daun limau purut (dihiris halus dan buang tulang), Daun salad. Cara-cara : Goreng ikan sehingga garing, ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih. Tambah sedikit air, masukkan kiub pati ayam dan secukp rasa Maggie. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur dan nenas yang dipotong dadu tadi. Taburkan

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Imej
Resepi Gulai Ayam Terengganu Bahan-Bahan Ayam Santan Rempah Masak Cap Rose Rempah Gulai Cap Rose Cili Boh Ubi Kentang Gula Melaka Asam Keping  Kerisik Garam  Bahan Dikisar Bawang Merah Bawang Putih Kunyit Hidup Halia Lengkuas Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak. 2. Selepas itu, masukkan pula rempah dan kacau sebati kesemua bahan-bahan itu hingga sedikit garing. 3. Kini tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan gaulkan hingga meresap rasa bahan tumisan itu. 4. Masukkan air sesuai citarasa dan gula melaka serta asam keping. Tutupkan periuk selama lima minit.   5. Masukkan santan. 6. Setelah masakan mula mereneh masukkan ubi kentang, kerisik dan garam. 7. Perlahankan api dan biarkan selama 8 minit. Apabila sudah pecah minyak barulah tutup api.

Resepi Mee Goreng Basah Sedap

Imej
Bahan-bahan: - Sebungkus mee kuning - Bawang putih - Kek Ikan - Bebola Ikan / Ayam - Telur (pilihan) - Sos Cili - Sos Tomato - Kicap Pekat - Kicap Mee / Kicap Cair - Sos Ikan - Cili Boh / Cili Kisar CARA PENYEDIAAN: - Tumis bawang putih yang telah diketuk, Boleh juga hiris halus atau ditumbuk. - Masukkan air (2-3 cawan) dan bebola ikan / kek ikan / ayam. Kacau sehingga bahan tadi masak. - Masukkan 2-3 sudu Sos Cili, Sos Tomato, Kicap Pekat, Kicap Cair / Mee, Sos Ikan dan Cili Boh / Cili Kisar. Kacau sampai sebati. Perasakan dengan gula dan garam mengikut selera masing-masing. - Masukkan mee kuning yang telah dibasuh ke dalam kuah itu tadi. Kacau sehingga mee lembut dan sebati dengan kuah. - Hidangkan selepas anda puashati dengan rasanya.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Imej
  Ayam Masak Lemak Cili Padi Bahan-bahan untuk dikisar. 1. 2 Bawang merah 2. 2 Bawanh holland 3. 4 ulas Bawang putih 4. Cili padi (bergantung pada kepedasan masing2) . Bahan-bahan lain: 1. 6-7 daging Ayam 2. 1 biji Kentang 3. 1 sudu teh Serbuk kunyit 4. 1 batang Serai 5. 1 Asam keping 6. 2-3 helai Daun limau purut 7. 1 helai Daun kunyit 8. 100ml Santan 9. 100ml Air gunung 10. Garam/ gula/ fuyoohh . Cara2: 1. Salutkan ayam dan kentang bersama serbuk kunyit. Gorengnkan sehingga garing. 2. Tumiskan bahan blend serta serai + daun kunyit + daun limau puyut + asam keping sehingga naik bau. 3. Add santan + air + garam/gula/fuyooh + ayam dan kentang goreng tadi. Gaul sebati.

Resepi Gulai Ikan Aya @ Ikan Tongkol Terengganu

Imej
  Gulai ini boleh dimakan dengan nasi dagang/ nasi kuning/ pulut kuning/ nasi putih. Bahan-bahan : Ikan Aya / Tongkol hitam direbus dengan garam, nisan (gula Melaka), asam keping dan cuka. Masukkan sedikit air. Santan  Cili padi, 2 sudu besar cili boh, 1 sudu besar gula, Nisan (Gula Melaka), Garam, Gula, Rempah masak Bunga Ros.  Rempah gulai Bunga Ros, *2 biji bawang besar, *2 biji bawang putih, *1 inci halia, *1 inci kunyit hidup, Kisar bahan yang bertanda *. Cara Memasak: Tumiskan cili boh bersama gula sehingga terbit bau. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga sedikit kering. Bancuh rempah bunga ros dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Nisbah rempah gulai : rempah masak = 2:1. Api hendaklah perlahan). Apabila sudah hampir kering, masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Kemudian perasa dengan garam dan nisan (Gula Melaka) ikut selera masing-masing. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan yang sudah siap direbus tadi. Masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan,

Resepi Tomyam Putih

Imej
Resepi Tomyam Putih Bahan-bahan 1 biji bawang holland dipotong 6 20 tangkai cili api (diketuk) 1 inci halia (dimayang) 5 ulas bawang putih (dimayang) 3 btg serai  (diketuk) 1 ekor ayam 2 helai daun limau purut 2 biji limau nipis (diambil jus) 1 biji limau purut (diambil jus) 1 sb sos ikan 2 batang lobak merah 2 biji tomato Sedikit bunga kobis Garam secukup rasa Cara buat Tom Yam Putih Tumiskan bawang holland, bawang putih, halia,serai dan cili api. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air. Apabila sudah mendidih masukkan sos ikan dan garam secukup rasa. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis dan limau purut. Masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan seketika dan bolehlah padamkan api. Siap.  

Resepi Ayam Kari Masak Kicap

Imej
Bahan-bahan untuk Ayam Kari Masak Kicap : 5-6 ketul ayam letak garam kunyit dan goreng. 2 sudu besar, rempah kari daging Cap O 3 ulas bawang putih, diketuk 1 inci halia dihiris 1/4 cawan kicap lemak manis 2 sudu besar sos tiram 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 tangkai daun kari, dilurut 1 biji tomato, belah 8 jika ada, takde takpe. 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan 1 biji cili merah, hiris untuk hiasan. Cara nak buat dia: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari sampai harum dan lepas tu masukkan rempah kari dan kacau rata. Make sure slowkan api yer, taknak serbuk kari rentung. 2. Kemudian masukkan sos tiram dengan dua sudu air dan kacau sekejap. Lepas tu barulah masukkan kicap dan kacau sekejap. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan sebati. 3. Masukkan hirisan bawang besar dan belahan tomato jika ada. Kredit kepada Khairul Abdullah

Resepi Kari Ayam Sedap

Imej
  Resepi Kari Ayam Sedap BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga) 3-4 ulas bawang merah – dikisar 2 ulas bawang putih – dikisar 1 cm halia – dikisar Minyak masak 2 tangkai daun kari 1 paket serbuk kari ayam Serbuk cili 2 sudu teh cili boh Garam 1 kotak santan 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan 3 biji ubi kentang Gula – tujuan untuk melemakkan kari Cili merah – pilihan CARA MEMASAK: 1. Tuangkan minyak. Bila sudah panas, masukkan 4 sekawan, bawang merah bawang putih dan halia yang dikisar. 2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari. 3. Masukkan rempah kari ayam/daging dan cili serbuk. Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul dan tambah air sedikit. 4. Masukkan garam secukup rasa. 5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Gaul sehingga rata. 6. Masukkan santan segar atau santan kotak. 7. Masukkan ubi kentang. 8. Tambahkan sedikit gula bertujuan untuk melemakkan ka

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Imej
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan: 1 ekor ayam, potong kecil 5 biji cili padi  (ditumbuk halus) 1 helai daun kunyit 1 ketul kunyit hidup (ditumbuk halus) 1 batang serai yang ditumbuk 1 keping asam gelugor 1 kotak santan garam dan gula secukup rasa Cara Penyediaan: Bersihkan dan potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Panaskan kuali dengan api yang perlahan. Masukkan ayam ke dalam kuali tanpa menggunakan minyak.  Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali dan gaul sebati bersama ayam selama beberapa minit. Masukkan air, santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga ia mendidih. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Selepas 15-20 minit, angkat dan hidangkan.

Resepi Nasi Kerabu

Imej
* Kuah Sambal Tumis Bahan bahan: 10 cili kering 3 ulas bawang merah 1 biji bawang besar 1/2 labu bawang putih 1/2 inci halia 200 gm santan pekat 3 batang serai - diketuk 2 keping asam keping 1 1/2 sudu besar gula 2 sudu kecil garam bukit halus 2 sudu besar budu Minyak masak - banyak Cara cara: 1. Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 2. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 3. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. 4 .Kacau sehingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Kuah mesti rasa sedikit masin. * Sambal Ikan Bahan bahan: 1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & ditumbuk kasar 7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk 5 ulas bawang merah 5 batang serai 2 1/2 sudu besar gula 2 1/2 sudu kecil garam Cara cara: Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang

Resipi Singgang Asam Pedas Ikan Kerisi Terengganu

Imej
  BAHAN-BAHAN: 4 ekor ikan kerisi 5 biji cili padi 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci lengkuas 1/2 inci kunyit 3 cawan air 5 keping asam gelugur Garam secukup rasa 2 kuntum bunga kantan | belah 2 8 tangkai daun kesum 1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar. 2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus. 2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk. 4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.

Resepi Kobis Masak Lemak Putih

Imej
  Resepi Kobis Masak Lemak Putih adalah masakan berkuah yang sesuai dihidangkan bersama nasi panas dan dimakan dengan ikan dan ayam goreng. Ditambah dengan pencicah seperti budu dan sambal belacan. Bahan-Bahan: 1/2 biji kobis bulat (hiris kasar) 1/2 batang lobak merah (hiris nipis) 1 ketul tauhu (potong kiub) - pilihan 1 genggam ikan bilis,(rendam dan ditumbuk kasar) atau isi ikan yang direbus 1 biji cili besar (hiris nipis) 3 biji bawang merah (hiris nipis) 2 ulas bawang putih, (hiris nipis) 1 kotak santan garam dan gula secukup rasa Cara Penyediaan: Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk. Lepas itu, masukkan santan dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan lobak merah.. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Selamat mencuba!

Resepi Rendang Ayam

Imej
Bahan-bahan: 1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )  1 cawan santan pekat 1 cawan air 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula Bahan yang dikisar bersama:- 10 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 10 ulas bawang putih 2 inci halia 5 batang serai.( dihiris halus) 2 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup Cara-caranya.. * Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar. * -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali. * masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula * buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya... * hiris daun kunyit nipis2 dan masukkan ke dalam kuali..gaul sebati.