Resepi Puding Karamel Khairul Aming
PUDING KARAMEL by Khairul Aming
Dengan step detail beserta trick yang dia bagi kali ni memang confirm jadi.
Puas hati dapat resepi kali ni, pertama kali buat terus jadi. Step yang diajar pon senang faham.
BAHAN KARAMEL
-1/2 cawan gula
BAHAN PUDING
-4 biji telur
-2 keping roti (buang bahagian tepi)
-2 cawan krimer sejat (susu cair)
-1/2 cawan krimer manis (susu pekat)
-1/2 cawan cream cheese
-1 penutup botol esen vanila
-1 sudu kecil garam
1. Kisar semua bahan
2. Masak gula karamel dalam pan non-stick, bila gula mencair hanya goyang-goyang tak perlu kacau dengan sudu
3. Masukkan gula karamel dalam loyang
4. Masukkan bahan puding perlahan-lahan, lapik dengan sudip supaya bahan tidak terjun deras
5. Tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik
6. Kukus puding 45 minit api sederhana
7. Sejukkan puding dan simpan di peti sejuk beberapa jam.
8. Korek keliling puding dengan pisau supaya senang flip ke pinggan


Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.