Perubahan Baharu ETS

 


Perubahan Baharu ETS Bermula Januari 2027, Jangan Tersalah Tren
Korang yang selalu naik ETS, ambil perhatian! Mulai 1 Januari 2027, penumpang bagi beberapa laluan ETS perlu turun dan tukar tren di KL Sentral sebelum meneruskan perjalanan.
Antara laluan yang terlibat ialah:
📍 JB Sentral – Butterworth
📍 JB Sentral – Padang Besar
📍 Butterworth – Segamat
Maknanya, perjalanan korang mungkin melibatkan dua tren berbeza dengan pertukaran di KL Sentral.
Buat masa ini, tiket perlu dibeli secara berasingan mengikut sektor perjalanan. Namun, KTMB merancang memperkenalkan sistem pembelian tiket dalam satu transaksi mulai Disember 2026.
Dalam masa sama, kekerapan perkhidmatan ETS juga bakal ditingkatkan daripada 44 kepada 50 perjalanan sehari pada Isnin hingga Khamis, dan 58 perjalanan sehari pada Jumaat hingga Ahad.
Bagi anda yang dah biasa naik ETS untuk perjalanan jauh, jangan lupa ambil tahu perubahan ni sebelum buat tempahan nanti.
Sumber: Kosmo
Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url