Ustaz Mad Kecik bertemu jodoh

 


Ustaz Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan bersama Nor Suhada Mohd Azam, 26, di kediaman pengantin perempuan di Bukit Payung, dekat sini, hari ini.

Menurut Mohd Faizul, abang kepada pendakwah dan aktivis kemanusiaan yang menjadi perhatian ramai kerana terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu, Muhammad selamat diijabkabulkan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mohd Faizul menambah, majlis hanya dilangsungkan secara kecil-kecilan dan jemputan hanya dalam kalangan keluarga serta kenalan terdekat.

"Pasangannya adalah pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai, Marang dan perkenalan mereka diatur guru-gurunya. Selain itu peranan keluarga juga pembuka langkah hingga termeterainya pernikahan mereka hari ini," katanya.

Menurutnya, majlis sebelah lelaki akan diadakan pada 28 Mei di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu, iaitu madrasah yang dibangunkan oleh Muhammad.

Katanya, pihak keluarga berterima kasih atas doa kepada pasangan berkenaan serta sokongan yang diberikan sebelum ini dalam kerja dakwah yang dilakukan Muhammad.

Mohd Faizul berkata, pihak lelaki akan mengadakan majlis sambut menantu bagi meraikan pasangan berkenaan.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url