Inti pati Belanjawan 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Kerajaan memperuntukkan RM470 bilion untuk Belanjawan 2026, dengan peruntukan RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus, dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dokumen itu adalah belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Dengan sembilan Tekad Utama dan berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI, Anwar berkata, dokumen yang bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat itu, adalah bukti Kerajaan memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.
"Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024); dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus.
"Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion (2022); RM92 bilion (2023); RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini. Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal tiga peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana," katanya.
"Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024); dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus.
"Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion (2022); RM92 bilion (2023); RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini. Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal tiga peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana," katanya.
Pecahan Perbelanjaan:
● Belanja Mengurus (OE): RM338.2 bilion.
● Belanja Pembangunan (DE): RM81 bilion.
● Pelaburan GLIC: RM30 bilion.
● Pelaburan Awam-Swasta: RM10 bilion.
Unjuran Ekonomi:
● Pertumbuhan KDNK 2025 diunjur semula antara 4.0% hingga 4.8%.
● Pertumbuhan KDNK 2026 dijangka lebih rendah antara 4.0% hingga 4.5% disebabkan ketidaktentuan global.
● isiplin Fiskal: Kerajaan menyasarkan defisit fiskal menurun kepada 3.5% pada 2026 , meneruskan trend penurunan daripada 5.0% (2023) dan 4.1% (2024).
Penjimatan Subsidi: Penyasaran subsidi secara keseluruhan (ayam, telur, elektrik, diesel) telah menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. Penyasaran RON95 berpotensi menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion.
Hasil Negara: Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2026 dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion.
Memerangi Rasuah & Ketirisan:
● Badan penguatkuasa (SPRM, PDRM, dll.) telah berjaya memperoleh hasil rampasan dan penalti hampir RM15.5 bilion sejak pentadbiran MADANI.
● Peruntukan lebih RM700 juta disediakan untuk memperkasa badan-badan penguat kuasa ini.
Fokus Pembangunan Sabah & Sarawak:
● Menerima peruntukan pembangunan Persekutuan tertinggi dalam sejarah Peruntukan untuk Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion dan Sarawak kepada RM6 bilion.
● Kadar Pemberian Khas di bawah MA63 ditingkatkan kepada RM600 juta.
● Projek infrastruktur mega diteruskan seperti Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), dan Lebuhraya Trans Borneo (LTB).
Inisiatif Untuk Rakyat:
RM1 bilion disediakan bagi memperhebat "Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat".
Urusan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter.
Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi
Perubahan Cukai: Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan akan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 mulai 1 Januari 2026.
Tumpuan utama:
Fokus Poket Rakyat: Belanjawan Rakyat: Pemandu E-hailing, Pemilik Perahu Kini Layak Terima Subsidi BUDI95.
Gergasi Borneo: Sabah, Sarawak Terima Peruntukan Pembangunan Tertinggi Dalam Sejarah, Jurang Semenanjung Bakal Dirapatkan.
Perang Terhadap Rasuah: RM15.5 Bilion Wang Negara Diselamatkan, Kerajaan Salur RM700 Juta Perkukuh SPRM & PDRM.
Kesan Subsidi: Jimat RM15.5 Bilion Setahun, Hasil Subsidi Bersasar Dipulang Semula Untuk Kebajikan Rakyat.
Pembangunan Tempatan: Jalan Baharu, Klinik & Tebatan Banjir: Ini Senarai Lengkap Projek Untuk Negeri Anda Dalam Belanjawan 2026.
Gaya Hidup Mewah: Pesta Kereta Mewah di Pulau Bebas Cukai Bakal Berakhir, Kerajaan Hadkan Pengecualian Cukai di Langkawi & Labuan.
Digital di Hujung Jari: Urusan Kerajaan Lebih Mudah: Kiosk MADANI Bakal Dibina di Setiap Negeri, Sasar 15 Juta Pengguna MyDigital ID.
Kesihatan Ekonomi: Ekonomi Global Dijangka Perlahan, Belanjawan 2026 Tetap Mengembang Demi Rakyat.
Hak Pengguna: Beli Kereta 'Lemon'? Jangan Risau, 'Lemon Law' akan diperkenal untuk lindungi hak anda.
Ekonomi Desa: RM1 bilion Untuk Ekonomi Kampung, Anak Muda Diberi Peranan Jana Pendapatan Komuniti.
Belanjawan Terbesar: RM470 Bilion: Kerajaan Bentang Belanjawan Terbesar, Pacu Pembangunan & Kebajikan Rakyat.
Kewangan Negara: Hutang Terkawal, Defisit Makin Turun, Kerajaan Kekal Berdisiplin Urus Kewangan Negara.
Tarik Pelabur Asing: Malaysia Permudah Kemasukan Pelabur Asing Melalui 'Investor Pass' & 'Status ABE'.
Pemisahan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya
Reformasi Institusi: Pemisahan Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya di Peringkat Akhir, Kerajaan Terus Perkukuh Institusi.
Kisah Kejayaan Rakyat: Dari Kolam Pancing ke Ketupat Palas, Ikhtiar MADANI Lahirkan Usahawan Desa Berpendapatan Puluhan Ribu Sebulan.
Perlindungan Alam Sekitar: Atasi Banjir & Hakisan Pantai: Projek Saliran Mesra Alam & Pemuliharaan Sungai Jadi Keutamaan.
Insentif Korporat: Syarikat Sumbang Perangi Rasuah & Bantu Sekolah Angkat Kini Layak Potongan Cukai.
Hubungan Digital Borneo: SALAM: Kabel Dasar Laut RM2 Bilion Bakal Rapatkan Jurang Digital Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.
Parlimen Diperkasa: RM220 Juta Untuk Parlimen, Peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Diperkukuh Untuk Semak Imbang.
Falsafah Belanjawan: 'Belanjawan Adalah Pernyataan Moral' - PM Anwar Tekankan Reformasi, Tolak Budaya Ketirisan.
Keselesaan Diplomat: Jaga Imej Negara: RM31.5 Juta Untuk Selenggara Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara.
Analisis RMK13: Belanjawan 2026: Langkah Pertama RMK13 Tumpu Projek Berimpak Tinggi di Seluruh Negara.
Perkhidmatan Bergerak: Tiada Yang Ketinggalan: Bank, Mahkamah & Khidmat Komuniti Bergerak Diperluas ke Pedalaman Sabah, Sarawak.
Selamatkan Pantai Timur Sabah: RM765 Juta Untuk Projek 'Southern Link', Jamin Bekalan Elektrik Stabil di Pantai Timur Sabah.
Fokus Zon Kewangan: Zon Kewangan Khas Forest City Berjaya Tarik Aset Hampir RM400 Juta Dalam Tempoh Kurang Setahun.
Teknologi Cukai: Perangi Penyeludupan: JKDM Akan Guna Setem Cukai Digital, E-Invois Dilaksana Penuh Mulai 2026.
Pembangunan Sukan: Kompleks Sukan Bertam & Stadium Hoki Kuala Terengganu Dinaik Taraf Dalam Belanjawan 2026.
Projek Air Sabah: RM1 Bilion Atasi Masalah Air di Sabah, Projek di Tawau, Kota Kinabalu Dijangka Siap Tahun Depan.
Jalan 'Red Line' Sarawak: RM350 Juta Untuk Naik Taraf Struktur Jalan 'Red Line' di Durin dan Salim, Sibu.
Pendigitalan Perkhidmatan Awam: MyDigital ID menyasarkan 15 juta pengguna menjelang akhir 2025 , dan Kiosk MADANI akan dibangunkan di semua negeri secara berperingkat.
Inflasi
● Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal
● Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang
● Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2026 berbanding 5.1 peratus pada 2025, dengan semua subsektor menyumbang kepada pertumbuhan tersebut
● Sektor pembuatan diunjur kekal stabil pada 3.0 peratus pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025, disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik
● Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2 peratus pada 2026 berbanding 1.2 peratus pada 2025 – PM Anwar
● Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkurangan kepada 1.0 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025
● Sektor pembinaan diunjurkan kekal stabil pada 6.1 peratus pada 2026 berbanding 10.1 peratus pada 2025
● Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 14.5 peratus daripada OE diunjurkan berkurangan sebanyak 14.1 peratus kepada RM49 bilion pada 2026
Lagi inti pati Belanjawan 2026
● Dana RM3 bilion untuk HRD Corp, tawar 3 juta peluang latihan terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital dan peralihan tenaga.
● GiatMARA tawar latihan kepada lebih 13,000 golongan tumpuan termasuk pekerja gig.
Kolej Komuniti menyediakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk komuniti rentan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan Orang Asli.
● Lebih RM700 juta disediakan bagi merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Potongan cukai sehingga RM500,000 kepada pengusaha projek pelancongan yang melakukan ubah suai dan pembaharuan premis perniagaan.
● Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1,000 atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan, galakkkan rakyat melancong dalam negara.
● Pengecualian 100 peratus duti eksais, pengecualian 100 peratus cukai jualan bagi pembelian kereta baharu PROTON dan PERODUA oleh pemilik teksi serta kereta sewa persendirian.
● HRD Corp sedia RM10 juta untuk kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi, bantu tingkat kecekapan dan keselamatan operasi.
● Dana RM5 juta secara geran padanan bagi menggalakkan sektor korporat, dermawan dan pakar warisan meremajakan Muzium Negara.
● DBKL manfaatkan dana dalaman RM500 juta bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat, RM200 juta untuk membangun semula pusat penjaja, pasar serta medan selera usang.
● RM300 juta bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
● RM60 juta untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
● RM50 juta untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaik taraf 363 premis perniagaan MARA seluruh negara bagi manfaat 7,300 usahawan.
● RM15 juta untuk membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia.Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
● RM50 juta kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pembiayaan menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.
● Projek Pemindahan Air Jeniang mula dilaksanakan tahun depan dengan kos RM1.28 bilion. Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik dengan dana RM100 juta.6,400 pesawah dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta.RM300 juta untuk menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
● Agrobank sedia RM1.1 bilion untuk usahawan mengembangkan perniagaan, menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.
● RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah serta insentif pengeluaran padi.
Bantuan RM4,300 sehektar untuk pesawah.
● Setiap pesawah dianggar terima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim.
● Untuk golongan nelayan, RM160 juta diperuntukan bagi elaun sara hidup, diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan, RM20 juta untuk menaik taraf vesel.
● RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan.
● Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 bilion, Kementerian Dalam Negeri (KDN) RM21.2 bilion untuk tingkat tahap kesiapsiagaan negara.
● RM6 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset pertahanan, RM1 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset PDRM serta badan beruniform di bawah KDN.
● Lebih RM1.5 bilion untuk membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform.
● Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu.
● RM45 juta disediakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
● Mengekang gejala buli - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tambah CCTV.
● Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.
● Rang Undang-undang Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.
RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) tangani jenayah penipuan dalam talian dan ancaman siber, RM 20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital.
● RM220 juta untuk membangun semula bangunan IPG Kampus Gaya, Sabah yang rosak dan daif.
● RM39 juta projek tebatan banjir fasa kedua dan membina semula satu blok sekolah yang terkesan banjir di Inanam, Sabah. Dana 460 juta untuk NADMA bersiap sedia menghadapi bencana.
Kerajaan negeri dibenar guna MARRIS
● Semua kerajaan negeri dibenarkan guna dana MARRIS bagi memperoleh Jambatan Panel Keluli Bermodular (Bailey Bridge).
● MCMC menyediakan RM210 juta untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS).
● RM2.2 bilion disediakan bagi meneruskan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
● Lebih RM260 juta bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara, RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.
● RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti melindungi hutan; kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat.
● RM300 juta untuk merawat, menyelenggara dan membersih sungai; RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa.
● Pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan hingga RM13 bilion untuk lima tahun bagi capaian bekalan air bersih seluruh negara.
● RM400 juta untuk pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi; lebih 820km paip usang akan diganti.RM770 untuk melaksana baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.
● Liputan jalur lebar diperluas melalui projek JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu dengan peruntukan RM780 juta.
● Peluang pendidikan Bumiputera diberi keutamaan dengan peruntukan keseluruhan MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM RM6 bilion.
● Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 bagi yuran taska atau tadika kanak-kanak berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar.
● Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah.