Kenangan menaiki Keretapi KTM dengan Kad Diskaun
Dari Kuala Lumpur, kami akan naik Tren ke Pantai Timur. Kami turun di Stesen Wakaf Bharu. Wakaf Bharu dekat saja dengan Kota Bharu tapi berada dalam Jajahan Tumpat. Dahulu ada Tren Ekspres dari KL ke Tumpat dan Singapura ke Tumpat. Selain itu ada juga Tren Biasa.
Menariknya, tren ke Pantai Timur akan berhenti selama sejam di Stesen Gemas, Negeri Sembilan. Kepala lokomotif akan ditukar dari gerabak depan ke gerabak belakang. Selepas itu, tren akan ditarik ke laluan Pantai Timur yang terletak di sebelah kanan laluan KL - Singapura. Landasan Keretapi Stesen Gemas bercabang dua di mana satu landasan menghubungkan laluan dari Utara ke Selatan dan satu lagi landasan dari Pantai Timur ke Selatan.
Walaupun perjalanan Tren ke Pantai Timur mengambil masa yang lama lebih kurang 12 jam, laluannya sangat menarik kerana ia menghubungkan kawasan pendalaman yang tiada akses jalanraya. Salah satunya ialah kita akan melalui Jambatan Guillemard merentasi Sungai Kusial yang luas.di Tanah Merah.
Saya masih tertanya-tanya kenapa dahulu British tidak membina landasan keretapi dari Gemas ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu? Sebaliknya memilih Gemas - Kuala Lipis - Tumpat. Jadi, sebab itulah kita terpaksa membina ECRL untuk merancakkan ekonomi. KTM Pantai Timur mungkin sudah tak relevan di masa depan.

