Terengganu Marvels Juara Netball Super League (NSL) 2026
Terengganu Marvels menjulang gelaran CelcomDigi Netball Super League (NSL) buat julung kalinya dengan menafikan Johor Jewels 70-63
Didokong oleh kekentalan pertahanan menerusi sosok Adalia Jasmine Mustazal, Marvels mencetuskan gamat di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur apabila mula mencipta jurang besar sebaik memasuki suku kedua permainan.
Anak buah Siti Nur Farhana Mustafa itu -- yang tidak terkalah sepanjang kempen musim ini -- sentiasa menggenggam kelebihan 11 mata dalam dua suku berikutnya dan Jewels kerap berputih mata apabila asakan mereka mudah dipintas, sekali gus menyukarkan mereka yang dalam usaha merapatkan jurang.
Bagaimanapun, Marvels terus mencengkam permainan hingga ke wisel penamat di sebalik Jewels memanfaatkan beberapa 'super shot'.
.jpg)
