Guna soda penaik untuk elak serangga pokok
Cubalah 'bersahabat' dengan baking soda dan soda penaik kerana bahan-bahan ini bukan sahaja sesuai untuk masakan, malah membantu menjadi 'penyelamat'kepada tanaman.
Ini antara kegunaan baking soda untuk tanaman anda.
Kulat sering menjadi punca penyakit tanaman seperti masalah reput akar, hawar daun, karat dan kulapuk debu.
Agak sukar untuk mengawalnya dengan menggunakan bahan kimia kerana perosak ini tidak semestinya terdedah kepada bahan racun yang disembur.
Oleh itu, anda boleh menggunakan campuran baking soda dengan air dan sabun cecair untuk menyembur pada tumbuhan yang terkesan.
Bukan sahaja lebih organik, tumbuhan anda juga bebas bahan kimia berbahaya.
Pembunuh rumpai
Malah sifatnya yang mudah 'menyesuaikan diri' dan cepat membiak menyebabkan tanaman sukar untuk hidup atau mengalami masalah bantut.
Bagi mengatasinya, anda boleh menabur soda penaik pada rumpai bagi mematikannya secara langsung.
Jangan khuatir kerana baking soda ini tidak akan menjejaskan tanaman anda sebaliknya mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih basah dan subur.
Kemudian sapukan sebatian tadi pada tumbuhan, serangga perosak pasti tidak akan menghampiri.
pH tanah memainkan peranan penting dalam menyuburkan tanaman sama ada pokok buah-buahan, sayuran mahupun jenis berbunga.
Seeloknya, anda taburkan soda penaik pada tanah jika mendapati tanaman seolah-olah kekurangan nutrien atau bantut.
Penggunaannya dapat membuang tanah yang terlalu berasid, memperbaiki persekitaran untuk pertumbuhan tanaman.
Malah ia juga sering dijadikan ejen pemanis tanaman tomato.