‘Gatal’ pada tahun ketujuh perkahwinan
Pada waktu ini, pasangan sudah lama melampaui tempoh bulan madu dan keterujaan pada awal perkahwinan sudah lama pudar.
Sebab itulah, ada yang sanggup mencurangi pasangan masing-masing, selalunya dengan alasan perkahwinan sedia ada sudah hambar.
Pada waktu itu, isteri dan anak-anak Sherman pulang ke kampung untuk bercuti. Jadi, tinggallah Sherman seorang diri tanpa pengawasan sesiapa.
Pada masa yang sama, Sherman telah membaca manuskrip milik seorang ahli psikiatri, Dr. Brubaker, yang mendakwa setiap perkahwinan akan dilanda konflik pada tahun ketujuh.
Menurut Dr. Brubaker, hampir 84.6 peratus lelaki akan curang pada tahun ketujuh perkahwinan.
Tertarik dengan manuskrip tersebut, Sherman berasakan dirinya turut mengalami masalah sama dan mempunyai keinginan kuat untuk bersama wanita lain.
Selepas itu, Sherman mula memasang angan-angan ingin mencurangi isterinya dengan model yang tinggal di tingkat atas.
Lama-kelamaan, khayalan tersebut menjadi semakin kuat sehingga dia mula berfantasi yang bukan-bukan terhadap model tersebut.
Bagaimanapun, Sherman cepat tersedar daripada kesilapannya, mungkin kerana dia mula dihantui rasa takut dan bersalah terhadap isterinya.
“Pasangan yang baru pertama kali berkahwin dan tidak biasa tinggal sebumbung perlukan masa untuk membiasakan diri dengan pasangan masing-masing,” katanya.
Tambah Borland, bukan semua pasangan yang tinggal bersama dapat mengecapi kebahagiaan, lebih-lebih lagi jika ada sesetengah ‘perangai’ pasangan yang tidak boleh diterima.
“Ditambah pula dengan tekanan membesarkan anak-anak, masalah kewangan dan perbezaan pendapat, pasangan selalunya akan memilih untuk berpisah disebabkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain,” jelasnya.
Walaupun istilah seven year itch lebih popular, Dr. Helen Fisher yang lebih dikenali sebagai Doktor Cinta mempunyai pendapat yang berbeza.
Menurut Fisher, kajiannya menunjukkan pasangan lebih berkemungkinan bercerai selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan.
Kajian yang dilakukan oleh Kulu pada 2014 pula mendapati kebanyakan pasangan berpisah selepas lima tahun.
Bagaimanapun, ingatlah, teori seven year itch itu asalnya dari sebuah filem. Tidak ada sebarang bukti saintifik bahawa ia merupakan satu fenomena yang benar.
Bagaimanapun, jika anda mula rasa gatal (itch) pada tahun ketujuh perkahwinan, pastikan anda lakukan sesuatu untuk memastikan perkahwinan yang dibina terus utuh, sehingga ke akhir hayat.
Sumber : RELEVAN