Drama - Mandul Bukan Pilihan

 


Drama bersiri Mandul Bukan Pilihan mengangkat isu kesuburan dalam kalangan wanita dan bagaimana sebuah perkahwinan itu diuji dengan kehadiran orang ketiga. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Mira Filzah, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim.

Saksikan Mandul Bukan Pilihan bakal menemui penonton bermula 14 Julai ini di Astro Ria bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam atau strim di Astro GO dan sooka.

Mandul Bukan Pilihan

Episod: 28
Tarikh Tayangan: Bermula 14 Julai 2025
Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
Saluran: Astro Ria (saluran 104)
Platform Penstriman: Astro GO & sooka
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Osman Ali
Produksi: iFAME
Watak Pelakon
Hun Haqeem sebagai Aldi Ibrahim
Mira Filzah sebagai Billa (Nabilla Intan)
Ayda Jebat sebagai Farah Zarani
Ashraf Muslim sebagai Dr Elhan
Normah Damanhuri sebagai Tok Ma
Chacha Maembong sebagai Alma
Keanu Azman sebagai Haziq
Rahim Jailani sebagai Encik Abdul
Sharifah Shahora sebagai Jihan
Wan Raja sebagai Mohsidi
Khaty Azian
Nafiez Zaidi 
Shazia Rozaini
Qaiszerr Eshan
Kuna

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Break
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Melly Goeslaw
Lirik: Melly Goeslaw

Tajuk: Peluk
Penyanyi: Hael Husaini & Nadeera
Komposer & Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Sinopsis Mandul Bukan Pilihan

Ketika Aldi melamar Billa pada usia muda, nenek Billa yang tegas, Zahra, memaksa mereka menandatangani perjanjian berat: jika Billa mandul dan Aldi menceraikannya, Aldi perlu membayar RM1 juta. 

Demi cinta, mereka akur. Lima tahun berlalu tanpa zuriat walaupun mencuba pelbagai rawatan termasuk IVF. Tekanan memuncak apabila Billa disahkan menghidap kanser dan sebagai usaha terakhir, dia meminta adik angkatnya, Farah, untuk membantunya. 

Namun, Farah mempunyai niat tersembunyi untuk merampas Aldi. Dalam masa yang sama, Billa semakin rapat dengan sahabat lamanya, Ben, seorang doktor yang menjadi tempat bergantung. Pertelingkahan, pengkhianatan dan dilema cinta menguji perkahwinan mereka, memaksa Billa dan Aldi memilih antara kesetiaan, pengorbanan dan erti sebenar sebuah keluarga.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url