Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label buka akaun bank islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buka akaun bank islam. Papar semua catatan

Temujanji Buka Akaun Bank Islam tanpa perlu ke cawangan

by

 

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) terus melaksanakan proses transformasi digital bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya dengan memperkenalkan saluran pendaftaran lengkap mudah alih.

Saluran pendaftaran lengkap mudah alih (MOB) ini memberikan perkhidmatan perbankan seperti pembukaan akaun dan pengeluaran kad debit serta-merta, tanpa perlu ke cawangan untuk proses pengesahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata kumpulan mencapai satu lagi kejayaan dalam pendigitalan dan menjadi bank pertama di Malaysia yang menggunakan sistem MOB.

Beliau berkata, perkhidmatan perbankan depan pintu (door-step banking) baharu melalui MOB akan mempercepat lagi proses pembukaan akaun sedia ada dan membolehkan pengeluaran nombor akaun serta kad debit dibuat dengan serta-merta.

Katanya, perkhidmatan baharu ini tidak lagi memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan bank bagi proses pengesahan.

"Kemudahan digital baharu Bank Islam ini memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan di samping memberikan pengalaman perbankan yang mudah, selamat dan cekap, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan keselesaan, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan produk serta perkhidmatan Bank Islam seiring dengan ikutan dan keperluan semasa.

"Pelancaran MOB ini tepat pada masanya kerana situasi yang dialami ketika ini disebabkan COVID-19 membantu meningkatkan keperluan beralih ke perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Muazzam berkata, Bank Islam sebelum ini memperkenalkan platform Pembukaan Akaun Maya (VAO) yang membolehkan pelanggan mengisi maklumat secara dalam talian, tetapi masih memerlukan proses pengesahan diselesaikan di cawangan.

Beliau berkata, dengan menggunakan MOB, ia hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

Perkhidmatan hanya dengan janji temu itu katanya tersedia di seluruh negara dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Bagi membuat janji temu, perlu mengisi borang secara atas talian di https://vao.bankislam.com.my/sales/ dan kami akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan permohonan.

"Pelanggan hanya perlu menyediakan MyKad dan dokumen sokongan lain yang berkaitan semasa janji temu," katanya.

 

 

Bank Islam lancar perkhidmatan saluran pendaftaran mudah alih (MOB)

by

 

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah melancarkan saluran pendaftaran mudah alih (MOB) untuk pelanggan runcit de­ngan menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun lengkap termasuk pengeluaran kad debit serta-merta melalui janji temu.

Perkhidmatan perbankan depan pintu melalui MOB yang menggunakan peranti tablet dengan perisian khusus, membolehkan pembukaan beberapa jenis produk Akaun Semasa dan Akaun Simpanan serta Akaun Pelaburan. Ia bertujuan memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan.

Perkhidmatan perbankan depan pintu itu selamat dan menyenangkan apabila transaksi perbankan dilakukan dengan keberadaan kakitangan mengikut ruang dan waktu kelapangan pelanggan sendiri.

Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan ke­selesaan, Bank Islam berhasrat meningkatkan pengalaman pe­langgan dan memastikan produk dan perkhidmatan Bank Islam seiring dengan trend dan keperluan semasa.

Pengenalan MOB ini tepat pada masanya kerana COVID-19 tidak hanya menyukarkan pergerakan orang ramai tetapi juga meningkatkan keperluan kami untuk beralih ke perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan menjamin keselamatan orang ramai.

Proses pembukaan akaun menggunakan MOB hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

Perkhidmatan hanya dengan janji temu ini tersedia di seluruh negara dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari melalui pautan vao.bankislam.com.my/sales/, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 


Cara Buka Akaun Bank Islam Secara Online

by

 

Bagi yang belum mempunyai akaun Bank Islam, anda boleh membuka akaun secara virtual online sahaja. berikut adalah cara bagaimana ingin membuka akaun Bank Islam secara online.

Sila layari portal Virtual Online Bank Islam : https://vao.bankislam.com.my/

Isikan semua maklumat yang diminta. Pilih jenis akaun dan cawangan tempat akaun ingin dibuka.

Setelah selesai, lawati cawangan Bank Islam pilihan anda dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan berserta dengan slip pengesahan anda.

Selesaikan proses pembukaan akaun anda di cawangan Bank Islam dan dapatkan nombor akaun anda dan kad debit.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90