𝗕𝗶𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗶𝗿𝗶𝘂𝘀

 


Sirius adalah bintang paling terang di langit malam yang terletak di dalam buruj Canis Major dan berjarak kira-kira 8.6 tahun cahaya dari Bumi. Ia adalah sistem binari yang terdiri daripada bintang jujukan utama biru-putih terang (Sirius A) dan bintang kerdil putih samar (Sirius B yang hanya ditemui pada tahun 1862). Sirius A dan Sirius B mengorbit sesama sendiri dan mengambil masa sekitar 50 tahun bagi melengkapkan orbit mereka.
Sirius A adalah bintang kategori A-type main-sequence star : cahayanya 25 kali lebih terang daripada matahari dan jisimnya adalah kira-kira 2 kali ganda daripada matahari manakala Sirius B pula dalam kategori 'white dwarf', ia tidak lagi aktif melakukan pelakuran nuklear (kehabisan bahanapi nuklear). Walaupun saiz Sirius B ini hampir menyamai saiz Bumi tetapi ketumpatannya hampir menyamai ketumpatan matahari. Ini kerana apabila bahan bakar nuklearnya habis, ia tidak lagi dapat menahan graviti sendiri lalu melepaskan lapisan luarnya seterusnya meninggalkan teras yang sangat panas dan mampat. Saintis anggarkan jisim Sirius B antara 5 ke 7 kali ganda jisim matahari sebelum ia kehabisan bahan bakar nuklear.
Setakat ini dari pemerhatian yang dilakukan oleh TESS (Transiting Exoplanet Survey Satellite) NASA, tidak ditemui sebarang exoplanet di dalam sistem Sirius.
Bintang Sirius juga ada disebut secara explisit di dalam Al-Quran, ia yang dikenali sebagai Asy-Syi'ra dalam bahasa Arab melalui Surah An-Najm (ayat 49).
"Dan bahwasanya Dialah Tuhan (yang memiliki) bintang Syi'ra." (QS. An-Najm ayat 49)
Imej Bintang Sirius A oleh Teleskop Angkasa Hubble
𝙍𝙪𝙟𝙪𝙠𝙖𝙣/ 𝙠𝙧𝙚𝙙𝙞𝙩 𝙉𝘼𝙎𝘼/𝙎𝙥𝙖𝙘𝙚 𝙉𝙚𝙬𝙨/ 𝘽𝙧𝙞𝙩𝙩𝙖𝙣𝙞𝙘𝙖


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url