Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menyeru semua graduan kejuruteraan untuk mendaftar sebagai jurutera siswazah sebagai langkah penting ke arah kerjaya profesional yang diiktiraf.
LJM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendaftaran di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 membolehkan graduan menggunakan gelaran Grad.Eng. pada belakang nama sebagai pengiktirafan rasmi terhadap kelayakan akademik selain meningkatkan kredibiliti dalam industri.
"Sebagai negara penandatangan Washington Accord, Malaysia memastikan program kejuruteraan memenuhi piawaian antarabangsa sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan pada peringkat global.
"Graduan dengan ijazah diiktiraf oleh Engineering Accreditation Council (EAC-BEM) atau badan profesional di bawah Washington Accord layak memohon manakala laluan alternatif seperti program top-up dan BEM Graduate Assessment Program (BEM-GAP) disediakan bagi kelayakan yang tidak diiktiraf," menurut kenyataan itu.
Permohonan pendaftaran dibuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara serta boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MyBEM dengan mengemukakan dokumen sokongan lengkap termasuk sijil akademik, transkrip rasmi dan dokumen pengenalan diri yang disahkan Jurutera Profesional diiktiraf LJM.
Tempoh pemprosesan ialah kira-kira enam minggu bagi kelayakan yang diiktiraf dan sehingga empat bulan bagi kes penilaian khas tertakluk kepada kelengkapan dokumen dikemukakan.
sebagai laluan awal ke arah pendaftaran sebagai jurutera profesional, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara," menurut kenyataan itu.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-26912090 (sambungan 162 / 165 / 166) atau merujuk infografik pendaftaran jurutera siswazah menerusi pautan https://www.facebook.com/share/p/1ELndGVUsS/?mibextid=wwXIfr.

0 $type={blogger}:
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.