HONOR Magic8 Pro: 'Raja' telefoto baharu
Dalam lambakan telefon pintar kelas perdana atau 'flagship' di pasaran hari ini, persaingan bukan lagi sekadar mengenai kepantasan pemproses, sebaliknya ia tertumpu kepada siapa yang mampu menggantikan kamera profesional di tangan pengguna.
Berdasarkan spesifikasi dan keupayaan teknikal yang didedahkan, HONOR Magic8 Pro nampaknya hadir dengan misi jelas: menjadikan fotografi malam lebih mudah daripada sebelumnya dengan tangkapan gambar dari jarak jauh lebih terang, jelas dan tajam daripada sebelumnya.
Penulis meneliti keupayaan peranti yang bakal dilancarkan pada 27 November ini, dan tarikan utamanya jelas terletak pada sistem kameranya yang digelar Flagship Pengimejan Gred Master.
Perkara pertama yang menangkap perhatian adalah lensa Telefoto Ultra Malam 200MP. Tidak seperti kebanyakan lensa zum yang sering mengorbankan kualiti, HONOR melengkapkan peranti ini dengan sensor bersaiz besar 1/1.4 inci.
Dalam bahasa mudah, sensor besar bermaksud lebih banyak cahaya dapat masuk. Ini dibuktikan menerusi sampel gambar burung hantu yang dirakam pada zum 10 kali ganda, di mana butiran pada bulu haiwan berkenaan masih kelihatan tajam dan tidak pecah. Dengan keupayaan zum sehingga 100 kali ganda, peranti ini amat sesuai untuk merakam perincian seni bina bangunan dari jauh.
Stabil Seperti Menggunakan Tripod
Bagi penggemar videografi atau mereka yang tangan sering bergegar ketika mengambil gambar, ciri Stability Engine adalah penyelamat. Ia dilengkapi penstabilan imej CIPA 5.5-level, satu piawaian yang setara dengan kamera DSLR profesional.
Gabungan Dwi OIS (Optical Image Stabilization) pada perkakasan dan perisian memastikan gambar kekal bebas kabur, terutamanya apabila mengambil gambar pada jarak jauh atau dalam keadaan cahaya rendah yang memerlukan bukaan lensa lebih lama.
Penguasa Malam Tanpa 'Noise'
Kelemahan utama fotografi telefon pintar selalunya adalah pada waktu malam. Namun, HONOR Magic8 Pro mempertaruhkan Night Engine. Teknologi ini mendakwa mampu menghasilkan foto dengan ketepatan perincian tinggi walaupun dalam cahaya malap.
Apa yang menarik, perbandingan terus dibuat dengan pesaing terdekatnya, iPhone 17 Pro Max. Berdasarkan dokumen ujian, HONOR Magic8 Pro dilihat lebih unggul dalam mengurangkan pendedahan cahaya berlebihan pada papan tanda lampu neon dan mengekalkan ketepatan warna yang sebenar pada waktu malam. Ini menyelesaikan masalah biasa di mana gambar malam sering kelihatan terlalu terang atau 'terbakar'.
Potret Wajah Lebih 'Hidup'
Bagi peminat media sosial, Portrait Engine pada peranti ini menawarkan fleksibiliti luar biasa. Pengguna tidak terikat dengan satu jarak fokus sahaja. Sebaliknya, ia menawarkan pelbagai pilihan bermula dari 1× (23 mm) sehinggalah 7.4× (170 mm). Enjin ini ditala untuk menjadikan wajah kelihatan 3D dengan permainan cahaya dan bayang yang tepat, serta tona kulit yang natural.
Kesimpulan
Dengan pengiktirafan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, HONOR Magic8 Pro bukan sekadar telefon pintar, tetapi sebuah kamera kompak berkuasa tinggi. Bagi pengguna yang mahukan hasil gambar setaraf profesional terutamanya untuk pemandangan bandar dan potret tanpa bebanan membawa kamera berat, peranti ini adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan.


