Umar buat MyKad 12 Tahun
Semalam, 24 November saya bawa dia ke JPN Terengganu di Tingkat 2, UTC Terengganu @ PB Square. Masa mula-mula sampai terus ke Kaunter Pertanyaan, staf bertugas tanya nak buat apa dan dia bagi nombor giliran.
Tak perlu isi apa-apa borang. Hanya perlu bawa Surat Beranak, Mykid dan Mykad Penganjur (Bapa / Ibu / Penjaga yang sah). Jika alamat yang ingin dicetak di Mykad anak itu berbeza dengan alamat Mykad Penganjur, kena bawa bil elektrik, bil air atau bil utiliti lain sebagai bukti alamat sebenar.
Dalam tempoh 15 minit, nombor kami dipanggil. Staf kaunter tanya saya beberapa soalan seperti alamat sebenar, anak nombor berapa dan nombor telefon untuk rekod. Lepas itu Umar disuruh pakai baju kot / vast yang disediakan. Lepas gambar diambil, dia akan tanya kita samaada berpuashati atau tidak dengan gambar diambil. Kalau tak puashati boleh ambil sekali lagi.
Staf bertugas bagitahu dalam tempoh 30 minit boleh pergi semula ke Kaunter Pertanyaan untuk ambil nombor giliran kutipan Mykad. Kita boleh imbas qr code untuk semak samaada kad dah siap atau belum. Tak sampai 15 minit, saya semak kad dah siap! Cepat betul.
Tak perlu menunggu lama pun untuk buat Mykad baru kerana banyak kaunter dibuka. Cuma saya lihat layanan staf kaunter JPN ni kurang mesra terutama di kaunter kutipan kad. Kena perbaiki bab tu, staf yang takde perasaan tu letak je dia sorang2 dalam bilik! Hehe.


