Cikgu E sudah tiada

 


Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dikongsikan di Facebook (FB) Nassry Mardee Ismail IV jam 4.45 petang tadi.

"Nassry Mardee Bin Ismail dah meninggalkan kita semua. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman," menurut hantaran itu.

Cikgu E sebelum ini dilaporkan enggan menyerah kalah melawan kanser paru-paru tahap empat yang dihidapinya walaupun hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan masih berfungsi.

Beliau melawan tiga jenis barah iaitu kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru sejak Mac 2024 sebelum bertekad untuk terus 'bernafas' demi isteri dan lima cahaya matanya.

Menerusi muat naik hantaran di akaun FB yang sama, pengurusan jenazah Cikgu E akan dilaksanakan oleh ahli keluarganya di Masjid Al-Ansar, Meru, di sini sebelum dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya


Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url