Boikot Hong Leong Bank Tap On Phone

 


Boikot Hong Leong Bank

Kami sebagai pelanggan SME sangat kecewa kerana Hong Leong Bank (HLB) mensyaratkan untuk menggunakan perkhidmatan Merchant - Tap on phone supaya mempunyai kedai dan signboard. Tap On Phone sepatutnya menjadi alternatif kepada peniaga mobile (bergerak) yang ingin menerima bayaran melalui kad debit/ kredit pelanggan. Diharap pihak bank dapat mengubah peraturan supaya lebih fleksibal dengan kehendak dan keadaan semasa. Jangan menjadi bank yang berfikiran cara lama dan tidak mahu berubah ke arah era digital yang lebih fleksibal. 

Memandangkan permohonan kami untuk menggunakan perkhidmatan Tap On Phone telah ditolak (Whatsapp dari Pegawai HLB - Eden Oh (019-7110221), kami mungkin akan mencari alternatif lain untuk menggunakan perkhidmatan Tap On Phone dari bank lain. Semoga pihak bank dapat menerima cadangan dari syarikat SME seperti kami untuk menjadi bank yang mesra perniagaan dan menjadi pilihan ramai.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url