Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada malam Rabu, 14 September 2022. Perasmian itu adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Keputeraan baginda. Turut berkenan berangkat pada upacara itu Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata jambatan ikonik itu telah memberi impak besar kepada pembangunan negeri dan menjadi produk baharu sektor pelancongan di negeri ini. "Ini terbukti melalui pengiktirafan anugerah Ikon Pelancongan Baharu Terbaik oleh Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2019 . Sehingga Julai 2022, sejumlah 379,900 pengunjung telah direkodkan melawat jambatan ikonik ini," katanya ketika berucap pada majlis itu. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas sumbangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) da