Single Entry Kemasukan ke Sekolah Khusus

 


Masih ramai yang belum memahami konsep Single Entry, Single Offer untuk kemasukan ke sekolah khusus.
Pertama sekali, kita perlu faham bahawa permohonan ini melibatkan institusi yang diuruskan oleh bahagian dan agensi berbeza:
1. SBP dan SBP-T — Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, KPM
2. SMKA — Bahagian Pendidikan Islam, KPM
3. MRSM — Bahagian Pendidikan Menengah, MARA
4. MTD — Kementerian Pertahanan
Apa maksud Single Entry?
Single Entry bermaksud permohonan kemasukan dibuat melalui satu sistem, iaitu SPSK. Sebelum ini, permohonan ke SBP dan MRSM menggunakan borang atau laman web yang berbeza.
Apa maksud Single Offer?
Selepas melalui proses saringan, setiap pemohon hanya akan menerima satu tawaran, sama ada ke SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV atau MTD.
Maksudnya, bahagian permohonan dan tawaran diselaraskan. Proses saringan pula tidak semestinya menggunakan satu peperiksaan sahaja, iaitu PKSK.
Setiap pilihan sekolah atau program mempunyai saringan tersendiri. Bagi MRSM, calon yang memilih program tersebut sebagai pilihan pertama dan melepasi saringan PKSK akan dipanggil untuk ujian mengikut program yang dipohon:
✅ Ulul Albab — UKKM dan temu duga Ulul Albab selama 35 minit
✅ Teknikal — UKKM dan ujian objektif berkomputer selama 30 minit
✅ IGCSE — UKKM dan ujian kognitif berkomputer selama 35 minit
✅ Bitara — UKKM dan ujian kognitif berkomputer selama 35 minit
✅ Premier STEM Excellence — UKKM dan ujian kognitif berkomputer selama 35 minit
✅ Premier — UKKM, melibatkan tiga subjek objektif dan subjektif (Maths F4 sahaja) selama 1 jam 30 minit
Bagi SBP aliran perdana, SBP-T dan SMKA aliran agama, calon menunggu keputusan tawaran selepas menduduki PKSK.
Bagi SBP Ulul Albab dan SMKA Ulul Albab, calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga hafazan.
Kesimpulannya, Single Entry, Single Offer bukan bermaksud satu peperiksaan untuk semua sekolah. Sistem permohonan dan tawaran disatukan, tetapi proses saringan tetap mengikut keperluan sekolah serta program masing-masing.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url