Manusia Purba Spesies Lain Dijumpai Di Sarawak

 



Fosil yang dijumpai di Gua Niah ini ialah milik Homo erectus, sejenis spesies manusia purba yang telah wujud sejak dua juta tahun dahulu, dan telah pupus sekitar 100,000 tahun yang lalu.
Penyelidik jumpa sebatang gigi manusia purba di Gua Dagang (Trader’s Cave), sebahagian daripada kompleks Taman Negara Gua Niah.
Bila kaji lanjut, spesimen gigi ini bukan milik spesies manusia kita mahupun spesies haiwan lain. Sebaliknya, morfologi giginya sangat dekat dengan spesies manusia purba Homo erectus, kumpulan manusia purba yang terkenal dengan Java Man di Indonesia ataupun Peking Man di China.
Gua Niah sememangnya telah terkenal sebagai salah satu tapak arkeologi terpenting di Asia Tenggara, terutamanya sejak penyelidik jumpa Deep Skull, fosil manusia purba daripada spesies kita sendiri (Homo sapiens) pada tahun 1958.
Tapi dengan jumpaan ini, ia bakal menjadi sejarah fosil pertama yang membuktikan kewujudan manusia spesies lain di Pulau Borneo, spesifiknya di Malaysia.
Tapi ada satu benda yang pelik sikit. Ikut kaedah pentarikhan, gigi ini dianggarkan berusia sekitar 53,000 tahun (berasal dari Zaman Pleistosen Akhir). Jangka masa ini sangat mengejutkan, sebab selama ini kita ingat Homo erectus sudah pupus lebih awal dari itu. Barangkali, populasi H. erectus yang berjaya sampai di Pulau Borneo ini bertahan lama sedikit berbanding spesies sejawat mereka di tempat-tempat lain, barulah ia pupus.
Yang lagi menarik, tapak penemuan ini terletak hanya kira-kira 300 meter dari pintu barat Gua Besar Niah di mana artifak Deep Skull (Homo sapiens) telah ditemui. Deep Skull ini usia fosilnya sekitar 39 ribu - 45 ribu tahun lalu.
Usia fosil Homo erectus (53 ribu tahun) yang dekat dan lokasi jumpaan yang dekat ini mungkin satu petunjuk yang Homo erectus dan spesies kita pernah tinggal di rantau ini pada zaman yang hampir bertindih, ataupun berlakunya penggantian spesies yang sangat pantas.
Banyak lagi misteri tak terungkai, dan kita tunggu kajian-kajian selanjutnya.
Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url