Jadi cikgu melalui Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Kemas fail lama terjumpa slip Temuduga Pengambilan Guru DPLI. Dulu pernah menawarkan diri untuk menjadi cikgu.
Lepas Ujian Bertulis MEDSI, dipanggil ke temuduga. Masa itu temuduga di UDM (Sekarang UniSZA). Penemuduga seorang perempuan.
Tak ramai calon lelaki. Kebanyakanya calon perempuan. Penemuduga tanya pasal latarbelakang dan lepas itu suruh buat simple Mock Teaching. Ada beberapa soalan beliau tanya dalam Bahasa Inggeris.
Ini pengambilan terakhir DPLI di mana kerajaan tanggung sepenuhnya kos pengajian, ada elaun sara diri dan penempatan dijamin. DPLI sekarang kos kena tanggung sendiri.
Temuduga nampak ok tapi itulah, rezeki kita di Luth Mahfuz telah ditentukan. Tak ada rezeki nak jadi cikgu. Allah tahu yang terbaik buat kita.
SELAMAT HARI GURU kepada yang terpilih menjadi Cikgu. Mengajarlah baik-baik.
Bagaimana nak jadi cikgu / guru melalui DPLI?
Anda boleh memohon masuk ke Program DPLI di mana-mana Universiti yang menawarkan program Pendidikan.

