Istana Hijau Terengganu

 

 

Istana Hijau ialah sebuah Istana Kesultanan Terengganu. Istana ini telah dibina pada tahun 1865 ketika pemerintahan Sultan Terengganu ketika itu iaitu Baginda Sultan Omar (1806-1876). Istana ini merupakan bangunan dua tingkat dengan menara setinggi lima tingkat.
Pada tahun 1882 semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Istana Hijau ini telah musnah dalam sebuah kebakaran ketika peristiwa Api Pecah Gedung yang turut memusnahkan 1,600 buah rumah. Tapak bekas berdirinya Istana Hijau kemudiannya dijadikan tempat pembinaan istana baharu Kesultanan Terengganu. Upacara peletakan batu asas istana baharu ini telah diadakan pada tahun 1895 ketika masih dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lalu dinamakan Istana Maziah.
Peristiwa kebakaran ini terpahat dalam sejarah Kesultanan Terengganu sebagai peristiwa “Api Pecah Gedung” di era awal pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Istana Hijau pernah menjadi bukti kegemilangan seni pertukangan melayu di Tringanu namun sayang semuanya telah musnah dalam kebakaran.

Sumber - Jagat Impak
Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url