Jangan terpedaya iklan lesen memandu percuma, tanpa ujian

 




Iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang tular di media sosial, serta menggunakan nama dan gambar rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), disahkan palsu.

JPJ dalam kenyataan menegaskan, penggunaan nama dan gambar rasmi jabatan pada iklan itu semata-mata bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

"JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun berkenaan adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah.

"Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian. Orang ramai juga digalakkan merujuk atau menghubungi JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut," katanya dalam hantaran di Facebook, malam ini. 

JPJ memaklumkan sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihaknya menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ iaitu https://jpj.spab.gov.my.

 
Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url