Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dibuka Mei 2024


Terminal Bersepadu Gombak (TBG) atau nama lamanya Terminal Bersepadu Timur (TBT) dijangka akan dibuka dan beroperasi pada Mei 2024 ini. Semua bas ke Pantai Timur akan berlepas dan tiba di Terminal baharu ini. Ia terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak jauh dari Plaza Tol Gombak.

Terminal Bersepadu Gombak ini telah tertangguh beberapa tahun menyebabkan bas ke Pantai Timur terpaksa menumpang sementara di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Terminal Bersepadu Utara (TBU) di Sungai Buloh bagi bas ke Utara yang masih belum siap lagi.

Tren ECRL yang akan beroperasi beberapa tahun lagi juga akan beroperasi di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ini sebagai salah satu komponen pengangkutan awam ke Pantai Timur.

TBG mempunyai konsep dua tingkat untuk pengangkutan awam dan lima tingkat untuk lot perniagaan.

Foto : Fawwaz Media

NOTA - Sehingga Julai 2024, Terminal Bersepadu Gombak ini masih belum dibuka.


Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 21 Mac 2024 pada 11:26:00 PG SGT

    Memang orang 2 pantai sudah lama menunggu saat dinanti2kan..Ini adalah terbuat buat kerajaan terdahulu memikirkan akan keperluan semasa...Tahniah...

Add Comment
comment url