Top Ad 728x90

, ,

Pendaftaran kemasukan pelajar UMT dan UniSZA secara dalam talian

pendaftaran umt dan unisza secara online

 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menangguhkan pendaftaran secara fizikal kemasukan pelajar bagi sesi kemasukan 2020/21 di kampus masing-masing di Kuala Nerus.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporat UMT dan UniSZA, proses pendaftaran pelajar baharu dan lama kedua-dua institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut kini dilaksanakan secara dalam talian.

Ia selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi semalam agar pendaftaran secara bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke semua kampus IPT di seluruh negara ditangguhkan berikutan peningkatan kes penularan Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Ainie Mokhtar berkata, pelajar yang sudah tiba awal boleh kekal di dalam kampus dan segala keperluan mereka akan dibantu pengurusan universiti.

Beliau berkata, pelajar yang mendaftar secara dalam talian pula masih perlu kembali ke dalam kampus UMT mengikut prosedur yang bakal dimaklumkan pada masa terdekat.

“Buat masa ini, pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian manakala semua program atau aktiviti melibatkan himpunan di dalam kampus ditangguhkan buat sementara waktu.

“Pelajar digalakkan sentiasa merujuk saluran Telegram Crisis Preparedness Response Center, Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikemaskinikan setiap hari,” katanya.

Sumber dari Kosmo.

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90