Top Ad 728x90

, , ,

Giliran negeri mana untuk jadi Agong?



Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong akan disusuli dengan pemilihan ketua negara baru buat Persekutuan Malaysia.

Majlis Raja-raja akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu, tetapi tidak jelas sama ada keputusan akan dibuat secara segera.

Pada masa ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah - yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong - akan menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong. Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Pahang. Namun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Situasi ini mempunyai persamaan ketika giliran Kelantan. Pada masa itu, bapa Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra juga tidak sihat. Namun perbezaan utama adalah ketika giliran Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun menjadi sultan Kelantan.

Sultan Ismail Petra mengalami serangan jantung pada 2009 dan Sultan Muhammad V diangkat menjadi sultan.

Tengku Abdullah pula hanyalah pemangku dan bukan sultan secara rasmi.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan ia tidak boleh memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Negeri selepas Johor adalah Perak.

Walaubagaimanapun,  undian secara rahsia akan dijalankan di kalangan sembilan Raja Melayu bagi menentukan siapa bakal Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Ia tidak semestinya mengikut giliran.

Jika proses pemilihan berjalan lancar, Yang di-Pertuan Agong baru akan ditabalkan pada April 2019.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90