Ziarah Kubur Tok Ma


Diaorang selalu tanya mana Tok Ma sebelah Papa? Semalam bawalah mereka jumpa Tok Ma Aishah. 

Walaupun arwah Tok Ma sebelah Papa, Hajjah Aishah binti Haji Abdullah tak sempat mengenali cucu-cucunya, sedekah Al-Fatihah dan doa akan sentiasa kami kirimkan dari jauh.

Arwah meninggal dunia pada pagi hari Jumaat, 3/9/1999 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus. Arwah Tok Ki Zain pula disemadikan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Orang-orang yang pernah mengenali Tok Ma pasti akan cakap Tok Ma ni baik sangat orangnya. Tak pernah pun nak marah2 orang. Semoga arwah Tok Ma dan Tok Ki ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin. 

* Kubur ini hanya ada batu nesan sahaja kerana kita dilarang buat apa-apa binaan di atas kubur. Kiamat kelak semua manusia yang mati akan dibangkitkan semula dari kubur untuk dihisab apabila tiupan sangkakala kedua.


Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url