Ulangtahun Muhammad Ayden Uwais ke 11

 


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-11 buat anakanda kedua, Muhammad Ayden Uwais. Dilahirkan pada 16 Disember 2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Proses kelahiran yang mudah dan tidak banyak masalah. Waktu subuh, ada tanda-tanda dia nak keluar. Malamnya abang Umar demam, demam nak dapat adik. Jam 6.45 pagi kami bertolak dari rumah ke hospital. Mujurnya waktu itu kereta belum banyak di atas jalan. Jam 7.00 pagi sudah sampai di hospital dan tidak lama selepas itu, ditolak ke Dewan Bersalin. Tanpa menunggu lama, Alhamdulillah jam 7.51 pagi Uwais selamat lahir ke dunia.
Nama diberi sempena nama seorang pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW dan sangat terkenal di kalangan penghuni langit iaitu Uwais Al-Qarni.
Uwais seorang yang ceria, berkulit putih kemerahan dan suka tersenyum kepada orang yang memandangnya. Kalau bawa dia keluar jalan-jalan, orang akan tegur dia sebab dia akan menarik perhatian orang. Begitu juga di sekolah, dia disukai dan disenangi oleh ramai kawan. Orang kata ada ilmu penarik.
Semoga menjadi anak yang soleh dan teman suka duka abangnya Umar sampai bila-bila. Amin.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url