Langkah-langkah menghadapi gempa bumi

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi
- Semasa gempa bumi
- Kekal berada di dalam bangunan dan berlindung di bawah meja yang kukuh atau berdiri di pintu serta sudut selamat.
- Jauhkan diri daripada tingkap, perabot dan objek berat yang berisiko jatuh atau menggelongsor.
- Lindungi kepala dan muka daripada serpihan runtuhan serta kaca.
- Elakkan penggunaan lilin, mancis atau sumber api lain, risau berlaku kebocoran gas. Pastikan semua api dipadamkan.
- Elakkan keluar dengan tergesa-gesa.
- Jangan gunakan lif kerana bekalan elektrik mungkin terputus.
- Kekal berada di dalam bangunan pada tingkat yang sama.
- Bergerak ke kawasan terbuka. Jauhi dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
- Jauhkan diri dari serpihan yang jatuh di luar pintu dan dinding luar.
- Jauhkan diri dari talian elektrik yang jatuh.
- Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.
- Bergerak ke arah pintu untuk berlindung daripada serpihan batu, simen dan kaca yang jatuh.
- Elakkan berlari keluar ke pintu dengan tergesa-gesa.
- Menjauhkan diri daripada rak berobjek kerana berisiko jatuh.
- Hentikan kereta di kawasan yang dianggap selamat. Elakkan berhenti di atas atau bawah jambatan atau berhampiran kabel elektrik.
- Kekal berada di dalam kenderaan sehingga gegaran berhenti.
- Selepas gempa bumi
- Ikuti hebahan oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat kecemasan terkini.
- Kekal tenang dan bersiap sedia menghadapi sebarang gegaran atau keadaan semasa.
- Hadkan penggunaan telefon hanya untuk panggilan kecemasan seperti perubatan, kebakaran, atau jenayah.
- Hindari diri daripada bangunan yang mengalami kerosakan teruk kerana gegaran yang boleh menyebabkan runtuh.
- Beri kerjasama kepada pasukan keselamatan awam. Jangan memasuki kawasan rosak kecuali untuk memberi bantuan, dan pastikan lorong kecemasan tidak terhalang.
Persediaan awal dan pengetahuan tentang langkah keselamatan ketika menghadapi situasi genting mampu mengurangkan risiko kecederaan. Setiap individu perlu berwaspada kerana gempa bumi datang tanpa amaran