Kisah Cinta Fattah Amin & Amira Othman ke Jinjang Pelamin
Kisah Cinta Fattah Amin & Amira Othman - Akhirnya terjawab sudah status hubungan pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman apabila pada 8 September 2025, Fattah mengumumkan bahawa mereka bakal berkahwin pada 14 September 2025.
Rupanya mula rapat dari bulan Disember sejak kali pertama bekerjasama dalam muzik video lagu "Bila Nak Kahwin" nyanyian Amira Othman.
Sedikit info, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin, dilahirkan pada 14 September 1990 dan tahun ini genap 35 tahun.
Amira Othman atau nama sebenarnya Nadia Amira binti Othman, dilahirkan pada 26 Oktober 1993 dan kini berusia 32 tahun.
Fattah Amin memulakan karier seni apabila menyertai Hero Remaja 2011/2012 dan dinobatkan sebagai juara. Amira Othman pula merupakan finalis Akademi Fantasia Musim 10 (2013) dan berjaya meraih tempat ke-3.
Hanya dengan sekali lafaz, Fattah yang bergelar 'raja sehari' buat kali kedua sah menjadi suami Amira tepat jam 9.08 malam.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah iaitu bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mewakili bapa pengantin perempuan, Othman Abdul Kadir.
Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, manakala dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Majlis akad nikah Fattah dan Amira berlangsung meriah dengan diraikan ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak serta disiarkan secara langsung di saluran Inspirasi Unifi TV 2.0.
Amira juga tampil anggun menggayakan busana pernikahan baju kurung moden berwarna putih rekaan Teh Firdaus.
Sementara itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin pula segak dengan baju Melayu berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.
Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga, namun sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup itu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 5