Ia berkait dengan tradisi dan sering dianggap sebagai simbol kekayaan, berkat dan kehormatan keluarga (dalam beberapa agama).
Di samping itu, emas juga salah satu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan.
Peminat emas atau bakal pengantin pasti pernah memantau harga emas. Anda juga mungkin mendapati harga emas naik turun setiap hari.
Pernahkan anda terfikir mengapa harga emas berubah-ubah dan apakah yang menentukan harga emas?
Dinamik pasaran global
Emas didagangkan secara global dan Malaysia adalah sebahagian daripada pasaran dunia. Oleh itu, faktor pasaran global mempunyai kesan langsung ke atas harga emas tempatan.
Faktor yang paling menonjol ialah harga emas semasa dunia (spot price). Ia merujuk harga semasa yang berubah sepanjang hari dan digunakan untuk pembelian serta penjualan emas melalui penghantaran dan penyelesaian segera.
Sebagai contoh, jika berlaku ketegangan antara negara-negara besar, pelabur global mungkin beralih kepada emas sebagai aset selamat, meningkatkan permintaan dan harga emas.
Sebaliknya, jika pasaran global stabil, permintaan untuk emas mungkin menurun, menyebabkan harga emas jatuh.
Kadar pertukaran mata wang
Sebagai contoh, jika ringgit mengalami penurunan nilai, pembelian emas akan menjadi lebih mahal kerana rakyat Malaysia perlu membayar lebih dalam ringgit untuk menampung harga emas yang dinilai dalam dolar AS.
Permintaan dan penawaran
Hukum penawaran dan permintaan memainkan peranan penting dalam turun naik harga emas setiap hari.
Begitu juga sekiranya bekalan emas global terganggu, seperti apabila operasi perlombongan terjejas, harga mungkin meningkat kerana kekurangan bekalan.
Sebaliknya, apabila permintaan menurun sama ada disebabkan oleh kemerosotan ekonomi atau peralihan pelabur ke aset lain, harga emas boleh jatuh.
Kadar faedah dan inflasi
Emas sering dianggap sebagai perlindungan daripada inflasi. Maksudnya, apabila inflasi meningkat, permintaan untuk emas juga meningkat. Ia akan boleh mendorong harga emas untuk turut meningkat.
Rakyat Malaysia, seperti pelabur di tempat lain, sering beralih kepada emas apabila mereka menjangkakan nilai mata wang akan menurun dari masa ke masa untuk melindungi kuasa beli mereka.
Sebaliknya, apabila kadar faedah meningkat, orang mungkin lebih cenderung melabur dalam aset yang memberi pulangan. Ia akan menyebabkan permintaan emas menurun dan harga pasaran turut menurun.
Keadaan geopolitik dan ekonomi tidak menentu
Emas telah lama dianggap sebagai aset ‘kebal’ ketika berlaku ketidakstabilan geopolitik atau ekonomi.
Peristiwa seperti perang perdagangan, krisis kewangan atau ketidakstabilan politik boleh menyebabkan pelabur beralih kepada emas sebagai cara untuk melindungi kekayaan mereka.
Bagi rakyat Malaysia, kesan daripada krisis antarabangsa sering dirasai di pasaran emas tempatan apabila harga melonjak.
Sebarang peristiwa besar yang menggugat kestabilan ekonomi global cenderung meningkatkan harga emas apabila pelabur mencari keselamatan dalam aset mereka.