Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dibuka Mei 2024
Terminal Bersepadu Gombak ini telah tertangguh beberapa tahun menyebabkan bas ke Pantai Timur terpaksa menumpang sementara di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Terminal Bersepadu Utara (TBU) di Sungai Buloh bagi bas ke Utara yang masih belum siap lagi.
Tren ECRL yang akan beroperasi beberapa tahun lagi juga akan beroperasi di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ini sebagai salah satu komponen pengangkutan awam ke Pantai Timur.
TBG mempunyai konsep dua tingkat untuk pengangkutan awam dan lima tingkat untuk lot perniagaan.
Foto : Fawwaz Media
Memang orang 2 pantai sudah lama menunggu saat dinanti2kan..Ini adalah terbuat buat kerajaan terdahulu memikirkan akan keperluan semasa...Tahniah...