Mohd Muazzam berkata, Be U disasarkan kepada generasi muda, menawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar, fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.
Beliau menambah dalam tempoh 12 bulan akan datang, fungsi atau tawaran baharu dalam aplikasi Be U akan diperkenalkan secara berperingkat termasuk deposit bertempoh, pasaran gig, kad debit, pengurusan kewangan peribadi, pembiayaan mikro, takaful mikro dan banyak lagi.
"Kami mahu menjadikan Bank Islam sebagai sebuah organisasi yang lebih tangkas dengan menggunakan cara kerja baharu, menarik bakat dengan set kemahiran baharu, menggunakan teknologi terkini serta memanfaatkan data dan automasi yang akan membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
"Be U memfokuskan kepada segmen pelanggan yang tidak menjadi tumpuan oleh Bank Islam iaitu menarik golongan pengguna yang masih di peringkat awal kehidupan bekerja mereka.
"Apabila kedudukan kewangan pelanggan ini lebih stabil dan mereka memerlukan produk dan instrumen kewangan yang lebih kompleks, Be U akan berada bersama mereka dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Bank Islam," katanya.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi Be U Bank Islam secara percuma melalui GooglePlay Store dan Apple App Store.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Be U, pelanggan boleh melayari laman www.getbeu.com atau mengikuti akaun media sosial Be U di Facebook @beubybankislam dan Instagram @getbeu.


