Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
  Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
   Kem/Jab:Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:
| GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN | 
|---|---|---|
| RM2,422.00 | RM9,631.00 | RM225.00 | 
 SYARAT LANTIKAN :
 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
 - berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 - 
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada 
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf 
setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau - ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi 
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau - ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada 
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf 
setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
dan 
 - ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada 
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf 
setaraf dengannya.
 - lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
 - hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
 
 SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
 (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat 
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang 
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
 Merancang, menggubal dan 
melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia 
dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan 
wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, 
hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan 
luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi 
maklumat.


