Top Ad 728x90

,

Jualan basikal terpakai popular di Carousell

 

Lebih daripada 2,000 transaksi jualan basikal di Malaysia dicatat di platform dalam talian, Carousell, sejak bulan November lalu dengan 76.04 peratus transaksi melibatkan basikal terpakai.

Menurut Pengurus Negara, Carousell Malaysia, Tang Siew Wai, jenis basikal paling popular ialah basikal jalanan, diikuti basikal lasak manakala jenama dari Amerika, iaitu Specialized adalah jenama paling popular.

“Dengan trend permintaan yang tinggi, harga basikal terpakai di Carousell juga menjadi kompetitif.

“Contohnya, harga jualan bagi model basikal jalan Giant TCR Advanced 1 Disc KOM tahun ini adalah RM13,499, tetapi ia boleh didapati di Carousell pada harga RM9,998,” katanya dalam ­kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Peingkatan trend ini meletakkan Malaysia sebagai pasaran kedua teratas di platform Carousell.

Trend masyarakat terhadap basikal juga berterusan meningkat sehingga dua bulan pertama tahun ini.

Letusan peningkatan pembelian basikal bermula ketika Covid-19 melanda dan fenomena tersebut telah menyaksikan hampir 18,000 basikal dijual di Malaysia sepanjang tahun 2020.

Ketika pandemik merebak ke seluruh dunia permintaan terhadap peralatan kecergasan itu turut bertambah pada bulan Mac lalu sebelum mencapai ke paras puncaknya pada Ogos 2020.

“Permintaan terhadap basikal menjadi satu trend baharu di rantau ini yang mana purata transaksi bulanan meningkat sekitar 44 peratus pada separuh tahun kedua 2020 berbanding separuh tahun pertama, dengan purata lebih 6,000 basikal dijual setiap bulan.

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90