Top Ad 728x90

,

Tronserve tawar khidmat bina laman web pada kos rendah

laman web murah

 

Tronserve (M) Sdn. Bhd. melancarkan laman web berkonsepkan DIY (do it yourself) yang dibangunkannya bakal dilanggan oleh kira-kira dua juta pelanggan menjelang akhir tahun 2020.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Arash Abdullah berkata, laman web itu akan menjadikan pelanggannya yang terdiri daripada individu dan usahawan me­ningkatkan daya saingnya seiring perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0).

Laman web yang dibangunkan anak tempatan dalam tempoh dua tahun itu ditawarkan pada harga berpatu­tan berbanding kos yang menelan ribuan ringgit jika dibangunkan oleh konsultan luar.

Hanya dengan kos serendah RM30 sebulan, orang ramai boleh memiliki laman web berkonsepkan DIY yang mesra alam dan sangat bersesuaian untuk kumpulan pelanggan yang kurang mahir dalam bidang teknologi maklumat.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran platform laman web berkonsepkan DIY dan aplikasi mesyuarat maya pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Tronserve Link baru-baru ini.

Arash menjelaskan, bagi individu, laman web tersebut boleh dijadikan platform terbaik untuk mencari peluang pekerjaan de­ngan lebih mudah dan berkesan serta menimba ilmu kerana ia menawarkan peluang serta ruang kepada tenaga pekerja bertukar bahan pembelajaran secara online.

Laman web ini juga bersesuaian untuk golongan usahawan kecil dan sederhana untuk mempromosikan dan menjalankan transaksi perniagaan bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum. Ia juga boleh dijadikan sebagai direktori untuk meningkatkan imej PKS dengan memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai syarikat.

Laman web tersebut juga memiliki ciri e-dagang yang selamat bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi pembayaran selain fungsinya juga tidak terhad untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berbanding menggunakan platform Instagram dan Facebook.

 

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90