Top Ad 728x90

,

Bayi jantung berlubang perlukan bantuan

bantuan pesakit jantung berlubang

 

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang mempunyai penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru sejak dilahirkan memerlukan sumbangan bagi menampung kos rawatan susulan.

Muhammad Haziq Nazmi Anorazmi yang juga menghidap sindrom down perlu membuat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang dari semasa ke semasa bagi merawat masalah kesihatannya.

Bapanya, Anorazmi Saad, 37, yang hanya bekerja kampung dan ibunya, Nor Hasliza Hashim, 35, pula seorang suri rumah tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi membiayai kos rawatan anak keempat mereka itu.

Nor Hasliza memberitahu, pendapatan bulanan suaminya yang tidak menentu memberi tekanan kepada mereka untuk berulang-alik membawa anak mereka itu mendapatkan rawatan di Pulau Pinang.

“Kami terpaksa menyediakan pembelanjaan kira-kira RM500 untuk tujuan sewa kereta, minyak, tol dan makan setiap kali membawa bayi kami ke Hospital Pulau Pinang.

“Dengan pendapatan suami yang tidak sampai RM1,000 sebulan, memang kami terpaksa berjimat-cermat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda Wang, Padang Sera, Kodiang di sini semalam.

Nor Hasliza berkata, bayinya itu mempunyai temu janji dengan doktor di Hospital Pulau Pinang pada 14 Oktober ini.

Selain itu, tambahnya, Muhammad Haziq Nazmi juga perlu diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam mengikut sukatan yang ditetapkan doktor.

“Alhamdullilah, bayi saya itu baru menerima bantuan wang zakat sebanyak RM300 pada bulan lepas dan boleh dibelanjakan untuk membeli keperluan seperti susu,” ujarnya.

Anak sulung pasangan itu, Muhammad Danial Fahmi Hakim, 13, juga seorang kurang upaya masalah pembelajaran dan dua lagi anaknya ialah Muhammad Faiz Hakimi, 7, dan Nur Syazana Nuraini, 3.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Nor Hasliza di talian 012-4504134 atau menyalurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0299541100367877. 

 Sumber : Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90