Top Ad 728x90

,

RM3.5 juta deposit dibayar oleh 447 calon PRN Sabah

 

prn sabah

Sejumlah RM3.576 juta deposit dibayar oleh 447 calon yang bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Jumlah deposit itu berdasarkan kepada syarat ditetapkan undang-undang pilihan raya yang bertanding kerusi DUN iaitu RM5,000 sebagai deposit pilihan raya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen.

Deposit pilihan raya boleh dituntut selepas keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus jika calon memperoleh lebih daripada 1/8 daripada jumlah undi diterima oleh calon-calon yang bertanding.

Deposit bahan kempen boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

Selain penyertaan calon mewakili parti politik, PRN Sabah kali ini menyaksikan seramai 56 calon Bebas bertanding dengan 14 calon memilih ‘pokok’ dan ‘kunci’ sebagai simbol pilihan mereka.

Antara calon Bebas yang menggunakan logo pokok adalah komposer dan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Anak Kampung’, Jimmy Palikat yang bertanding kerusi Tambunan, Datuk Saddi Abdul Rahman (Sukau) dan Juhuran Kalmin (Sebatik).

Bagi kunci, mereka yang memilih simbol itu adalah Kenny Chua yang bertanding di Inanam; Rasidan Abd Latiff (Bugaya) dan Masiung Banah (Kuamut).

Simbol kerusi, buku, jam, ikan, traktor, gajah,manggis, perahu, rumah, kuda, telefon dan pen juga menjadi pilihan calon Bebas sebagai lambang masing-masing.

Menurut laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 30 logo boleh digunakan oleh calon Bebas bagi mewakili diri mereka bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Dari segi jumlah calon Bebas paling ramai bertanding, kerusi Bengkoka menyaksikan empat calon diikuti Inanam, Api-Api dan Matunggong yang masing-masing mempunyai tiga calon Bebas.

SPR menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi 12 September 2020.

- Sinar Harian

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90