Cara kurangkan demam panas


Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan di rumah untuk kurangkan demam panas. Namun, hanya untuk demam yang ringan iaitu kurang daripada 38 darjah Celsius dan tiada komplikasi.

1. Banyakkan minum air

Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.

2. Makan hidangan ringan

Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup.

3. Mandi air suam

Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

4. Jangan selimut

Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.

5. Makan ubat

Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam.

6. Mendemah

Ini orang-orang dulu biasa buat. Cuba mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dibuka Mei 2024

Permohonan menjadi Guru KPM Tahun 2024 kini dibuka

Fenomena Ekuinoks Mac