Top Ad 728x90

, , , ,

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan – Maybank

membuka akaun semasa perniagaan di Maybank



Bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di Maybank:

1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.

2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan dan alamat. Letak no. telefon juga jika mahu. Saya kurang pasti sama ada alamat wajib atau tidak diletak pada rubber stamp tersebut. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).

3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ringkas sahaja.

4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi). Whatsapp 013 979 0000 (Adha) jika perlukan bantuan untuk mendapatkan introducer.

Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.

6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.

7. Semasa hadir ke bank untuk buka akaun, bawa cop perniagaan.

8. Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

9. Urusan selesai.

10. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90