Cara Mengetahui Jantina Anak



Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika:

- Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
- Perut anda “rendah”.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika:

- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Punggung kelihatan lebih besar
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- Kulit anda lembut.
- Anda suka marah-marah.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dibuka Mei 2024

Permohonan menjadi Guru KPM Tahun 2024 kini dibuka

Fenomena Ekuinoks Mac